Skip to main content

What i have been done since 2000-2009?


Sedar tidak sedar, umurku akan menjangkau 27 tahun pada 24 September 2009...huh, cepatnya masa berlalu...apa yang telah aku lakukan selama 9 tahun sejak tamat SPM pada tahun 1999 di SMK(a) Inanam..??dengan keputusan SPM ku yang tak seberapa, aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM, Sabah..aku terpisah dengan kawan2 sekelasku yang lain kerana mostly mereka dapat tawaran ke matrikulasi..aku pula dapat UITM, pra-sains..ini kerana keputusan BI tidak kredit..namun, aku bersyukur kerana setidak2nya aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading..iaitu impian ku sejak di bangku sekolah..huh, tak mengapa..aku akan cuba habiskan pra-sains selama 6 bulan sahaja agar dapat promote terus untuk pengajian diploma..tapi, mungkin 'Culture Shock' yang telah aku alami di UITM selama 6 bulan,aku tidak dapat promote..terpaksa tambah 6 bulan lagi pra-sains..sehingga lah pada tahun 2001 aku berjaya meneruskan pengajian di peringkat Diploma (Diploma in Science) dan tamat pada tahun 2003 iaitu selama 2 thn setengah..oleh kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga, aku melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Biologi Pemuliharaan)di UMS selama 3 tahun bermula Julai 2003 dan tamat pada tahun Julai 2007. Ketika aku baru memasuki tahun kedua pengajian, kawan2 seumurku kebanyakannya telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan telah bekerja dan ramai juga suda berkahwin..Kos Biologi Pemuliharaan merupakan satu kos yang mempunyai scopeyang luassangat meluas..sehingga lah tahun kedua, aku belum tahu kecenderungan minatku lebih kepada apa..samada biodiversiti ekologi?plant?animal?taksonomi?genetik? tapi, apa yang aku tahu, aku meminati sesuatu unsur, bila dicampur adukkan..iya boleh menjadi satu benda yang lain yang bermanfaat..contohnya: tepung, gula, marjerin dan koko bila diadun menjadi sebati, ia akan menjadi kek coklat..ya..aku memang minat membuat kek coklat..sehingga mendapat tempahan di kampung (hehe..bukan cakap besar yer)..so, berbalik kepada minat tadi..iya sangat penting untuk persediaan pelajar untuk membuat tesis di tahun akhir..akhirnya, di tahun akhir iaitu tahun 2006..aku telah memilih tajuk 'Aktiviti antioksida terhadap Halia Hutan yang terpilih'..aku telah pergi ke Hutan Gunung Alab mencari halia..ambil sampel di hutan kemudian bawa ke makmal untuk dikaji..masa membuat tesis ini banyak di makmal kerana lebih kepada kimia..dan aku telah mendapat result A untuk projek 1 dan 2 dan telah menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda(kepujian)Biologi Pemuliharaan..mungkin suda terkena dengan minat, aku seolah2 tidak mahu lagi menamatkan pengajianku..aku tidak terasa akan konvo pada september 2007..emm..aku ingin meneruskan lagi pengajian di peringkat Sarjana..selasai sahaja ViVa (pembentangan tesis akhir), aku terus berjumpa Pengarah IBTP (manage budak2 biologi pemuliharaan)iaitu Prof. Dr Datin Maryati Mohamed untuk menyatakan hasrat ku..alhamdulillah, respond yang sangat positif..Datin menawarkan diri menjadi main supervisor dan Co-supervisor, En Mohd Fadzelly (supervisor aku sebelum ni)..aku terus sibuk membuat proposal master sebelum balik ke kampung untuk Latihan Industri..aku telah diterima sebagai pelajar master di IBTP bermula September 2007 dalam bidang 'Natural Product Chemistry' dan tajuk penyelidikanku adalah 'Antioxidant and anti-cancer properties of selected Zingiberaceae endemic to Borneo'..dan kajianku ini sekarang telah berada di peringkat akhir penulisan, insyaallah..dua atau tiga minggu lagi akan submit dan hanya menunggu untuk ViVa..targetku adalah untuk sempat konvo pada bulan 10 ini agar pengajian master "FOT-Finish On Time"..emm..don't know how to say..diz is true story dat i like to share..ilmu masih terlalu banyak lagi untuk dipelajari..insyaallah, aku akan share pengalaman suka dan duka selama 9 tahun ini..so, don't give up...diz is wonderful life!!

Comments

BLUEDIANTHUS said…
Ui fara....bila mo kawin ni? Ndapa2..nanti ble sambung lagi PhD, PdH, hDp, PDA...bla bla bla....hehe...Keep your blog alive, happy blogging... ~WM

http://bluedianthus.blogspot.com
Farrawati Sabli said…
huh..hehe..no komen..nda tau lagi bila..berserah ja ni..!!
Unknown said…
salam. saye dpt kos yg same kak . so nak tye. ape peluang perkejaan utk biology pemuliharaan nie ye? senang ke dpt keje? skrg akak keje dgn company ape? thx alot
Unknown said…
salam. saye dpt kos yg same kak . so nak tye. ape peluang perkejaan utk biology pemuliharaan nie ye? senang ke dpt keje? skrg akak keje dgn company ape? thx alot

Popular posts from this blog

18.11.2011 Malam Berinai

Salam, Pada malam selepas majlis pernikahan, berlangsungnya majlis malam berinai. Ia kebudayaan Bajau Sama Kota Belud iaitu juga dipanggil malam 'mandi badak', maksudnya menepung tawar dan berinai agar menaikkan seri pengantin untuk bersanding keesokan hari. Ia berlangsung selepas Solat Isya'. Inilah pakaian suku kaum Bajau Sama di Kota Belud. Yg atas kepala dipanggil Serimpak. Berat ni!! My lovely mum 'menepung tawar' My captain, mengantuk ka tu? The little girl tu Nea n Wiwin, drg sporting sgt.. My Grandma My lovely dad Majlis diteruskan dengan acara kebudayaan iaitu Gambus dan bertitik, sampai jam 2pagi acara ni selesai.

Jalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat

Berkesempatan berjalan-jalan di Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor..BEST..!!!banyaknya anak-anak patung jual di sini. Murah pula tu, memang teruja la tgk barang2 kiut-miut yang dijual. Sesuai dengan cita rasa aku, yang sukakan barang2 yang kiut khususnya kaler pink..^^, umur:28 th beb...beli la juga patung bantal tu untuk dua orang adik yang sentiasa menantikan buah tangan dari kakak mereka ni. Selain tu, beli kerepek dan pelbagai perencah masakan di sini. Thanks a lot to, adik ain yang sudi bawa akak jalan2 kat cni. Next time, pasti tempat ni akan ku kunjungi lagi... Jom kita tgk2 gambar..!! ~fs~ 24 April 2010

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..