Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Afif 2 years (4/9/2014)

Happy birthday, anakku, buah hati pengarang jantungku Mama doakan agar afif jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Mama papa sayangkan afif...muahh...

Aidilfitri 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon dimaafkan segala kesilapan, terkasar bahasa dan terlanjur kata.  Kosong kosong.

finally, abg dapat surat transfer ke Sabah..!!!!

April 2014 adalah bulan kesedihan bagiku? Kenapa...?? tiba-tiba suamiku telefon dari ofis, ''Syg, ada berita yang tidak baik, abg dpt surat kursus 2 bulan di Johor, minggu depan abg kena pergi.." me: WHAT..??? 2 bulan?? tapikan syg suda mahu bersalin ni, lagi 2 bulan syg bersalin, due 14/6/2014. abg: ya, abg tahu syg, tapi abg sudah pernah minta penangguhan kursus ni masa syg mahu bersalin pertama dulu....blaa..bla...sabarlah syg, mungkin ada hikmah semua ni.....bla bla.....abg abis kursus 15/6/014. me: (nangis) Nangis sebab mengenang nasib tengah sarat mengandung tanpa suami di sisiku. Dan mungkin sehingga melahirkan. 4/4/2014 kami balik ke Sabah kerana suamiku akan ke Johor pada 6/4. Segalanya berlaku dengan keadaan yang kelam kabut. Bila suamiku mula berkursus, satu keadaan sukar bagi kami dimana, tidak dapat bertelefon dengan bebas kerana telefon bimbit mereka disimpan oleh pihak urusetia. Suami akan menghubungi aku hanya pada hari jumaat dan sabtu menggunak...

Saat Kelahiran Putera Ke-2 Mohd Alif

   Salam....  Saat 2.15pm, 5/6/2014 adalah saat paling bermakna bagiku, kerana dapat memeluk anak kedua Mohd Alif yang telah selamat dilahirkan di Hospital Likas, Sabah. Tangisannya, raut wajahnya yg comel dan wanginya membuatkan aku lupa segala kesakitan dan rintangan di saat melahirkan dia ke dunia. Alhamdulillah...thank you Allah.... 26/5/2014 - 2/6/2014 aku admitted di wad maternity kota belud selama 9 hari kerana kedudukan baby melintang (tranverse), sepatutnya usia baby 38 minggu kepala baby di bawah dan hanya menunggu masa untuk keluar. Bila dipantau di wad, nampaknya baby tetap pada kedudukan tranverse dan Dr sepakat mengatakan aku tidak dapat bersalin normal, kena buat operation. OK Dr, saya pasrah asal saja baby dan mamanya selamat. Hanya itu bermain di mindaku. Di kala ini, suamiku tiada disisiku kerana menjalani latihan polis bantuan  selama 2 bulan di Pulapol, Segamat, Johor.  3/6/2014 Aku dihantar ke Hospital Likas...

i'm 20 weeks of pregnancy..!!!

Salam.. lama x update blog yg sgt comel ni... sejak menjak2 ni..aku tiada idea pula mau menulis, terlalu banyak perkara yang berlaku dlm hidupku sampai tidak tahu mau share apa kat blog. Sekarang ni, usia kandunganku adalah 20 minggu. Maksudnya sudah masuk fasa pertengahan sblm melahirkan anak kedua. Alhamdulillah, morning sickness tiada lagi.. tetapi makan sickness yang ganti. Asyik mahu makan saja..tekak rasa tidak best jika tidak makan. Mengidam pun macam2, sampai pening my hubby..hihi...apa nak buat, pasrah saja bila bini nak itu ini. Sebenarnya, saya happy sebab suda berpindah ikut suami ke Sarawak. Sejak kahwin, kami merupakan pasangan PJJ, kos Sabah- Sarawak selama 2 tahun. Tapi bila mengandungkan anak kedua, ditambah pula afif sudah semakin membesar dan memahami, sangat-sangat sukar untuk kami berjauhan. Keputusan dibuat di penghujung tahun 2013, dimana aku sendiri yang mendesak untuk berpindah ke Kuching. Dengan itu, i'm officially, fulltime housewife. YEA..... P...