Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Saat kelahiran 'Mohd Afif'

Salam,  Sudah lama tidak update blog ni, tup tup tajuk entry kali ni saat kelahiran putera sulungku suda. Mungkin kerana pelbagai kekangan masa akhir2 pregnant, so, mood berblog pun masa tu kurang.  Sebenarnya, tarikh jangkaan bersalin adalah 31 Ogos 2012. Hari Merdeka!!! Tapi, didapati pada hari berkenaan tidak ada tanda2 hendak bersalin. Mungkin sebab anak pertama, agak lambat sikit. Sihat walafiat lagi dan sempat tengok perbarisan sempena hari merdeka di KK (depan hotel promenade), masa tu parent dari KB datang, mak mentua dari Tawau pun ada. Hubby? emm..direct cuti since raya lagi, menanti kehadiran our prince.  Dipendekkan cerita, pada 3 September 2012 (pagi) aku dapati ada tanda yang jelas menunjukkan saat kelahiran putera sulungku tiba. Sakit perut dan darah !! Segera kejutkan suami dan kami ke hospital jam 3am. Sampai di hospital, periksa di bilik penilaian rahim dah buka 3cm dan boleh admit di wad kenanga 1. Sakit perut kian terasa, baring, duduk, me...