Ibu, di sebalik wajah mu yang ceria, aku tahu betapa besarnya dugaan yang ibu tanggung. Dapat aku rasakan duhai ibu. Sejak aku berusia 10 tahun lagi, ibu telah berbekalkan ubat-ubatan yang dimakan setiap pagi dan malam kerana menanggung penyakit 'schizoprenia'. Kini, ada ubat baru lagi yang ibu kena makan. Ibu menanggung penyakit 'asthma'. Ibu kena sentiasa menjaga makan dan minum dikala orang lain enak menikmati makanan. Jika ibu makan makanan yang pantang seperti buah tembikai, seafood dan air sejuk, pasti ibu tidak dapat melelapkan mata di malam hari kerana astma sehingga sukar untuk bernafas. Ibu, Sabar lah...semuanya datang dari Nya. Hidup ini sentiasa diuji ibu. Itu juga tanda kecintaanNya pada kita. Agar kita sentiasa ingat padaNya. Walau bagaimanapun, disebaliknya, aku amat mengagumi kekuatan semangatmu duhai ibu. Senyumanmu tetap terpancar walau jarum suntikan kerap menusuk tanganmu. Cerita bergambar: 16 April 2011- Ibu dibawa ke Hospital Kota Belud (wad ...
Ujian itu indah. Just follow the flow...!