Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Wanita Solehah Idaman Mujahid

1) "Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.... Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanit a yang solehah...” 2) ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 3) "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan. 4) “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling memi...

ada apa dengan C.I.N.T.A?

CINTA.... 1) Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Ma hatma Ghandi 2) Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberik an sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. 3) Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin m encintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 4) Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehin...

Nothing is Impossible!!

Bagi sesetengah orang, masa depan bertukar kelam apabila kehilangan pancaindera yang digunakan untuk menempuh kehidupan seharian. Namun berbeza dengan Tang Kah Hung, 20, hidup tanpa dapat melihat tidak langsung dijadikan penghalang bagi mencatat keputusan cemerlang 6A+, 3A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Kejayaan itu lebih manis apabila beliau muncul pelajar pertama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM, sejak ia ditubuhkan pada 1974. Kisah hidup pelajar itu sebenarnya menyentuh perasaan, namun perwatakannya yang ramah dan sentiasa optimis amat mengagumkan semua yang melihatnya. Anak muda itu yang lebih senang disapa Jason, memberitahu pemberita di sini beliau disahkan menghidap ketumbuhan otak pada usia 16 tahun dan langsung tidak menyangka penyakit itu mampu merubah kehidupan beliau untuk selama-lamanya. Jason berkata, beliau mula merasa sakit leher ketika di tingkatan d...

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita dimuliakan Allah dengan syurga,dan di antara mereka ada pula yg dihinakan Allah dengan neraka.Sabda rasullullah s.a.w.: Seutama-utama wanita ahli syurga adalah : 1) Khadijah binti Khuwailid 2)Fatimah binti Muhammad 3)Maryam binti Imran 4)Asiyah binti Muzahim. Khadijah binti Khuwailid lahir dalam sebuah keluarga terhormat dan mendapat didikan akhlak yg mulia,sifat yang tegas,mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliah menyebutnya dengan at-thahirah(wanita yg suci).Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak berdebat,bahkan dia tetap membenarkan ,menghibur ,dan membela rasullullah s.a.w. di saat semua orang mendustakan dan memulaukan baginda.Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya,jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah.Dia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan turut merasakan tekana...

Doa K.E.K.A.S.I.H

Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagian antara kami Agar kemesraan itu abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan Merah Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya Dan Ya Allah yang tercinta Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buat ku Kerana Engkau maha mengetahui Segala yang terbaik buat hamba Mu ini Ya Allah Cukuplah Engkau sahaja ya...

Minat & Kecenderungan

Rasullah bersabda yang bermaksud: ''Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.'' (Riwayat Ahmad) ' 'Cintailah apa yang kamu lakukan, dan lakukan apa yang kamu cintai'' . Ia bermaksud, minat dan cenderung melakukan sesuatu. Jadi, sebelum melakukan sesuatu, kenalilah diri anda, kenali minat dan hobi anda, asah bakat anda. Pasti masa tidak akan berlalu pergi dengan sia-sia. Dan Allah menyebut, وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى Ertinya : dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).( An-Najm : 39- 40) ''Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang''.