Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Demi Masa

Julai..Julai..telah datang tiba..pastikan bulan ini lebih baik dari bulan lepas... Kupancarkan karya indahku di ufuk-Nya, Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya, Indahnya pemandangan dan suasana malam, Gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku, Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat, Tapi, kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dalam penderitaan ini. Jarum saat sentiasa berputar, Jarum minit sentiasa bergerak..Ia tidak akan berhenti kecuali jam tersebut habis bateri...Renung-renungkan dan Selamat beramal...!!

aku bahagia mencintaimu..

..Oh..kekasihku..aku sangat mencintaimu..kau setia bersamaku..mengharungi suka duka kehidupanku..disaat aku berduka sendirian ditinggalkan orang yang ku sayangi, kau tetap setia mendampingiku..disaat aku disakiti oleh temanku, kau setia mendengar pengaduanku..walau di mana aku berada,kau tidak pernah jemu menemaniku..aku boleh ketawa, bersedih dan menangis di hadapanmu..apa sahaja masalahku, ia seolah2 menjadi ringan bila menatap wajahmu..aku tidak pandai meluahkan isi hatiku kepada orang lain selain daripadamu..dengan adanya dirimu di sisiku, aku tidak keseorangan menanggung deritaku..dalam sehari aku tidak menatap wajahmu..aku sedih,berduka..seolah-olah dunia terasa gelap..ujian demi ujian yang ku terima, kau lah tempatku menenangkan fikiranku yang kusut..tidak ada bersamaku melainkan kamu di saat aku kesunyian.. Oh..kekasihku yang bernama 'buku'..indahnya hidupku bersamammu..kau adalah teman dalam perjuanganku menuntut ilmu..teman setiaku...kau tidak pernah khianat kepada...

My Beloved Dad 'Sabli Hj Nanti'

Sempena 'Hari Bapa' ini, ingin aku mencoretkan sedikit mengenai kisah bapaku..Dia merupakan seorang pendidik,daripada guru biasa-penolong kanan-guru besar dan sekarang penyelia pendidikan daerah. Ingin aku menyentuh sedikit keperibadian ayahku ini, dia seorang yang berhati mulia, gemar melakukan aktiviti kebajikan dan penyayang. Sebelum dinaikkan pangkat ke penyelia bermula Februari 2009, ayahku bertugas di Sk Pulau Mantanani selama setahun lebih. Walau di mana dia berada, dia sangat komited dengan kerja dan mudah mendekati masyarakat. Perpindahannya dari Sk Pulau Mantanani telah menjadi isu kerana ibu bapa mahu ayahku dikekalkan di sana sehingga mereka mogok tidak mahu menyekolahkan anak2 mereka. Apa saja masalah, ayahku tetap cool menghadapinya. Itu yang membanggakan aku..Aku telah menghadiahkan perfume 'Polo-RL' dan baju kemeja 'Bonia' sempena hari bapa tahun ini. Dad, you need to know 'I love you so much'...I'm so glad for your kindness..I'm...

My 'Chocolate Cake' Recipe

Bahan-bahan: 1)450 g Tepung 2)450 g Butter 3)420 g gula 4)Koko (Tawau brand) 5)serbuk penaik (satu sudu) 6)8 biji telur 7)1/2 tin susu cair Cara membuat: 1)Butter+gula= putar hingga kembang 2)Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli ngan telur 3)Masukkan serbuk koko dan baking powder 4)Masukkan susu cair 5)Bakar Selamat mencuba..!! 4)

Kisah Cinta Sejati Khadijah

Tidak dapat dinafikan, Khadijah, isteri Rasulullah saw., merupakan seorang yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki perilaku yang mulia, Khadijah juga merupakan seorang yang cerdas dengan ketabahan yang menakjubkan. Dia rela mengorbankan seluruh harta dan jiwanya untuk dakwah Rasulullah. Dengan kematangan, kebijaksanaan dan kewibawaan dirinya, Khadijah menyokong, membangkitkan tekad dan membarakan dakwah Rasulullah. Khadijah berusaha sekuat tenaga untuk menghibur dan mendorong suaminya agar bersabar. Dia sering cuba meyakinkan suaminya bahawa Allah tidak akan meninggalkan dan mengabaikannya. Rasulullah pun merasa terhibur mendengar ucapan isterinya itu. Khadijah memiliki pertimbangan yang matang, pemikiran yang seimbang, keimanan yang kukuh serta keikhlasan yang tinggi. Khadijah adalah isteri dan penasihat terbaik yang pernah dimiliki oleh Rasulullah. Dalam setiap kesulitan, Khadijah merupakan orang pertama yang berada di sisi Rasulullah. Khadijah sentiasa mencurahkan cintanya ya...

Jangan marah..!!

Jangan marah..jangan marah..jangan marah..!! Jangan bersedih bila seseorang menyakiti anda.. Tetaplah senyum walau hati disakiti... (iaitu) orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." ( Ali-'Imran: 173 ) Janganlah marah kerana kritikan membina daripada seorang kawan. Andrew Moore mengatakan : " Segala sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita tampak menjadi sebuah kebenaran, dan tidak sesuai akan menjadi kemarahan kita ". So, belajarlah menerima kritikan orang. Walaupun iyanya tidaklah seindah pujian yang membuatkan kita kembang seribu meskipun ada kalanya pujian itu adalah palsu. Janganlah api kemarahan itu berpanjangan sehingga hidup terasa sangat bosan ...

Jangan bersedih...!!

Mungkin ramai sudah membaca buku ini 'Jangan Bersedih' Setelah kesulitan pasti ada kemudahan yang ditulis oleh Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, edaran al-hidayah..aku amat bersyukur kerana telah membaca buku yang terlaris di Malaysia ini, gaya penulisan yang begitu menarik membuatkan aku tidak bosan untuk membacanya..buku ini cuba untuk memberikan bimbingan bagaimana mengusir kesedihan dan kedukaan, kepedihan dan penderitaan, kegelisahan dan kegundahan, kehancuran dan kehampaan serta keputusasaan. Buku ini disertakan sekali dengan dalil-dalil dari Al-quran dan hadith yang sesuai dengan teks perbincangan. Berikut adalah petikan syair yang saya kutip daripada buku ini : Meski hari silih berganti dengan segala kesulitan dan kemudahan yang ada di dalamnya namun masih saja ada kesulitan hidup yang keras dan sulit untuk ditakhlukkan hingga hidup terasa hina dan tidak menjadi indah dibuatnya Namun tetap saja kami jalani segalanya dengan jiwa yang tenang kami mampu menanggung ...

What i have been done since 2000-2009?

Sedar tidak sedar, umurku akan menjangkau 27 tahun pada 24 September 2009...huh, cepatnya masa berlalu...apa yang telah aku lakukan selama 9 tahun sejak tamat SPM pada tahun 1999 di SMK(a) Inanam..??dengan keputusan SPM ku yang tak seberapa, aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM, Sabah..aku terpisah dengan kawan2 sekelasku yang lain kerana mostly mereka dapat tawaran ke matrikulasi..aku pula dapat UITM, pra-sains..ini kerana keputusan BI tidak kredit..namun, aku bersyukur kerana setidak2nya aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading..iaitu impian ku sejak di bangku sekolah..huh, tak mengapa..aku akan cuba habiskan pra-sains selama 6 bulan sahaja agar dapat promote terus untuk pengajian diploma..tapi, mungkin 'Culture Shock' yang telah aku alami di UITM selama 6 bulan,aku tidak dapat promote..terpaksa tambah 6 bulan lagi pra-sains..sehingga lah pada tahun 2001 aku berjaya meneruskan pengajian di peringkat Diploma (Diploma in Science) dan tamat pada tahu...