Skip to main content

(18.11.2011) Solemnization Asmadi & Farra


Salam..

Alhamdulillah, pada 18.11.2011 yang lalu, aku telah sah bergelar isteri kepada insan pilihan hatiku, Asmadi. Sahabat lama, terpisah selama 10 thn, jumpa semula akhir tahun lepas melalui FB (sedikit mengenai kisah percintaan kami, x lama bercinta, CINTA lepas kawen BEST :).

Majlis khatam al-quran berlangsung sebelum majlis pernikahan sementara menanti pihak pengantin lelaki tiba dari Kota Kinabalu. Lafaz ijab bersaksi, qabul berwali adalah bertempat di Masjid Nurul Insan, Kg Taun Gusi, Kota Belud pada jam 3.00 ptg iaitu dengan sekali lafaz sahaja. "Aku terima nikah Farrawati Bte Sabli dengan mas kahwinnya RM sekian sekian, TUNAI", saksi (Tn Hj Mohd Kassim dan En Mohd Zeer) - SAH!!.. (Jurunikah- Tn Masdin Karim).

Ya Allah, perasaan tidak dapat digambarkan, terharu dan gembira saat separuh daripada agamaku telah sempurna, dan menjadi permaisuri di hati insan yang dicintai yang telah halal bagiku..Alhamdulillah!!

Perancangan Allah SWT Maha Cantik, di hari Jumaat yang penuh berkat, menyempatkan majlis ijabkabul selesai sebelum azan asar berkumandang di Masjid Nurul Insan itu sendiri. Sungguh sayu saat itu..

Ini adalah beberapa pic terpilih untuk dikongi bersama:



Bapa- sebagai waliku!!


Khatam al-quran

Mendengar khutbah nikah oleh jurunikah

''Aku terima Nikahnya"

Officially....

Penyerahan mas kahwin


''Baarakallaahu laka, wa baaraka 'alaika,
wa jama'a baynakuma fii khair.''
''Semoga Allah memberikan berkat kepadamu, semoga Allah mencurahkan keberkatan kepadamu. Dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan.""
(HR Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Lihat video ini: Love Story Asmadi & Farra
Lagu: For the rest of my life (Maher Zain)

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...