Skip to main content

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI?

Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri.

Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017.

Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka?
Pertama, uji.
“Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan dahulu dan melihat respon pembaca.”
Kedua, ditolak
“Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.”
Ketiga, cepat-cepat
“Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.”
Keempat, lihat
“Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini sukar dijumpai di kedai buku.”
Kelima, kumpul
“Ramai minta saya kumpulkan. Kata mereka pening mahu skrol atau bawah dalam Facebook dan blog. Maka saya susun dan kumpulkan sendiri.”
Keenam, sikit
“Saya mahu uji dahulu, jika 20 naskhah habis dalam tempoh empat hari, saya akan cetak lagi. Manalah tahu jika banyak terjual, saya akan ajukan kepada penerbit.”
Ketujuh, pelajar
“Saya tulis dan terbit untuk anak murid yang belajar dalam kelas. Isteri saya yang mengendalikan kelas memasak hujung minggu pun diminta oleh para pesertanya jika ada buku. Mudah sedikit."
Kelapan, mati
“Saya mahu meninggal dunia dengan meninggalkan sesuatu. Jika buku terbit sendiri ada di rumah, anak dan pasangan dapat mengambil faedah daripadanya.”
Kesembilan, kenangan
“Saya mahu rakamkan memori bekerja dan berkeluarga dalam bentuk tulisan yang bercetak. Banyak foto dalam komputer mahu disusun dan dijadikan buku. Nanti saya berikan kepada anak-anak.”
Kesepuluh, simpan
“Saya sudah bersara. Saya mahu tulis dan beri inspirasi kepada orang muda, pengalaman saya bekerja dahulu.”
Apa pun alasan tulis dan terbit sendiri, majoriti tujuan mereka bersifat ‘noble’. Perkara yang dapat dilakukan sekarang menguasai apakah itu format penulisan yang mudah ditulis dan senang dibaca, susun atur yang selesa dilihat dan cara menerbitkan buku sendiri dalam jumlah mampu tanggung.
Apakah tujuan mulia saudara menulis dan menerbitkan buku sendiri?
Bukankah tahun ini tahun yang sesuai menjadikan ia nyata?

Bagi sesiapa yang ingin menulis, follow Facebook Tuan Zamri Mohamad


Gambar di atas bersama Tuan Zamri Mohamad ketika Konvensyen Penulisan 2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur pada 17 Disember 2016.  

Tuan Zamri memegang buku Terbit Sendiri saya.
Alhamdulillah

Catatan Mama Writerpreneur
Farrawati Sabli


Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...