Skip to main content

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA
#KurangBersyukur
Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur:
1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia.
2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah.
Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR.

Mengapa sukar untuk BERSYUKUR?
#TersalahFokus
Adakalanya:
-Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada.
-Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan.
-Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat.
Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik.
Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah.

KEDUA
#SukarMemaafkan
Kajian dari pakar psikologi telah membuktikan bahawa memaafkan mampu menghilangkan segala beban dalam hidup kita. Namun, caranya sudah tentu dengan kemaafan yang disertai dengan penuh keikhlasan sehingga kehidupan kita menjadi lebih tenang dan indah.
.
MENGAPA TIADA MAAF BAGIMU?
Sesuatu perkara yang menyakitkan satu ketika dulu kita simpan-simpan dan pendam dalam hati, ianya umpama menyimpan sebuah bara api di dalam hati, tidak berapi, tetapi terus berasap, jika tidak dipadam, mungkin bara api itu terbakar lagi.
.
Apalagi ada orang lain yang membantu untuk mengipas bara api itu. Tentulah makin berapi-api kemarahan itu. Makin benci, makin dendam, makin marah.
.
Begitu sakit menyimpan dendam dan kemarahan. Hati sakit, jiwa sakit, gundah gulana. Hati bagai terpenjara dalam rasa dendam yang tidak berkesudahan.
.
Pujuklah hati, jangan sakit lagi.
Pujuklah hati, jangan terus lemah begini.
.
Andai ingin hidup tenang dan bahagia, sulitkah untuk memaafkan?
Kawan, hidup hanya sementara. Akhirat juga yang kekal abadi. Maafkanlah....

KETIGA
#TerlaluMengharapPadanganManusia
Apabila membuat sesuatu pekerjaan, yang diharapkan adalah pujian manusia, bukan pujian Ilahi. Contohnya, buat baik mengharap suami puji, mengharap suami puji depan kawan-kawan dia. Namun, bila tidak dapat apa yang diharapkan, mulalah marah sendiri. 

Jika ikhlas dalam sesuatu hal, tidak timbul pengharapan pada manusia, ia memenatkan kerana masing-masing punya ego tersendiri. Sebaliknya, lakukanlah sesuatu itu, dengan hanya mengharapkan Redha Ilahi. 

InsyaAllah, hati akan tenang kerana telah membuatkan amal baik dengan hanya memohon pandangan Allah.

Akan bersambung.




Popular posts from this blog

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...