Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kehamilan

Kehamilan dan Fibroid

Salam.. Semalam, 26.4.2012, Aku ada temujanji di Klinik Kesihatan ibu dan anak. Excited la juga sebab 1st time scan baby dalam perut ni yang makin hari terasa makin aktif. Malam tadi, susah mau tidur sebab baru balik dr Kuching bercuti nak jumpa hubby. Biasalah, baru berpisah..mood sedih lagi..;p Cerita di klinik, Sekarang kandungan aku telah berusia 21 minggu (5 bulan, 1 minggu). Masa scan, mula2 tu Dr ckp, baby ok, jantung baby ok dan fizikal pun ok. Lega rasanya. Aku pun nampak juga baby dalam perut ni walaupun agak kurang jelas. Tp maybe naluri keibuan yang tinggi, nampak mcm baby tidur dengan lena. Otherwise, ada something ni. Nampak tak? Dr tanya, aku pun tgk..ada lah nampak mcm gelap sikit kat bawah tu. Ada apa Dr? Look like fibroid..Ya, fibroid, kata Dr. Aku dah start risau. Dr scan lagi nak memastikan benda tu. Dan Dr Fatimah sahkan ada fibroid dalam rahim sebelah bawah sebesar 6x5 cm. (Bayangkan perasaan I masa tu mcmn). Kemudian, dr terangkan sedikit mengenai f...

My baby progress: 20 week

Salam, Only 20 more weeks to go Woohoo! I'm FINALLY half way through my pregnancy! This week I'm carrying 10.5 inches and 10.5 oz of growing baby-goodness! My perfect little baby now has tiny eyelashes, eyebrows, and their tiny teeth buds are sprouting beneath the gum line. (paste dari Baby gaga from FB) alhamdulillah, sudah separuh fasa kehamilan telah ditempuhi. Macam cepat pula masa berlalu. Indahnya proses kehamilan, tidak pernah dialami selama ini iaitu dari morning sickness, kurang selera makan ke 'asyik lapar ja sepanjang hari'. Sudah boleh masak, daripada elergik bau dapur di awal fasa kehamilan dulu. Hasil rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan setiap bulan, setakat ini tidak terdapat apa-apa masalah mengenai kandungan ini. Cuma berat badan masa tiga bulan yang pertama telah berkurang sebanyak 3kg. Mungkin disebabkan oleh muntah2 yang teruk. Kini, memasuki bulan ke-4 telah menaik sekilo. Ok la tu :-) Pergerakan baby, makin aktif dari sehari ke se...

Tip atasi rasa mual di waktu pagi

Alahan, loya atau muntah yang biasa dialami waktu pagi, di awal kehamilan sedikit sebanyak mengganggu emosi wanita hamil. Perubahan ini menyebabkan rasa malas untuk mengambil sarapan kerana khuatir apa yang dimakan akan dimuntahkan semula. Jangan menyeksa diri wahai bakal ibu, sarapan sebenarnya cukup penting buat wnita hamil. Berikut adalah beberapa panduan memilih makanan untuk sarapan bagi menggurangkan rasa mual dan mahu muntah: Pilih menu yang tidak mendatangkan mual misalnya terlalu manis dan bersantan. Hindari makanan yang mengandungi lemak tinggi. Hindari makanan yang berkuah, makanlah makanan yang kering, ringan dan menyegarkan. Misalnya, biskut kering dan buah-buahan kering. Jika rasa mual dengan susu, ubah menu susu menjadi puding. Ianya penting, asalkan keperluan wanita hamil dapat dipenuhi. Makan sedikit demi sedikit tetapi kerap. Hindari kopi dan krimer sebaliknya gantikan dengan teh hangat yang beraroma segar. AWAS: Mengelak dari mengambil sarapan boleh me...

Rekod Kesihatan Ibu

Salam, Hari ini aku ke klinik untuk daftar kehamilan di klinik kerajaan. Lega bila sudah daftar buku rekod kesihatan ibu. Bukan sengaja melengahkan pendaftaran di klinik, tetapi masih menunggu sijil nikah dikeluarkan dari jaheins. Kandungan aku sekarang berusia 6 minggu, dimana perkiraan adalah bermula dari last period iaitu 23.11.2011. Jangkaan bersalin adalah 31.08.2012, hari merdeka tu cayang. Bestnya kalau lahir hari merdeka, tiap kali birthday, cuti umum. Tapi biasanya ini jangkaan sahaja, boleh jadi awal 2 minggu atau lewat 2 minggu. Aku tidak kisah semua tu, yang penting permata hati 'ayah bonda' lahir dengan selamat. Bila timbang berat tadi, tidak sangka berat badan turun 1 kg. Sememangnya, 1st trimester yang aku sedang lalui ini, selera makan sangat berkurangan. Sepinggan nasi susah nak habis, terpaksa cari tempat makan lain selain dirumah. Kadang-kadang makan di rumah makcik ataupun di restoren. Walaubagaimanapun, aku kena gagahi jua, biar makan sedikit tetapi ke...

morning sickness

Salam.. Di ambang kehamilan yang baru sahaja beberapa minggu, beberapa perubahan dalam diri semakin dirasai. Antaranya, pagi-pagi bangun tidur, rasa loya, pening dan badan lemah. Rasa cepat sangat lapar tapi bila makan, kuantiti sedikit saja. Rasa mau makan, tapi selera kurang..Macamana tu? sukar nak cerita sebenarnya, hanya orang-orang yang pernah mengalami saja yang tahu. Sudah start minum susu ANMUM Materna, segalanya buat anak mama, caayang dia ;p Selain tu, elergik dengan bau dapur. Padahal sebelum ni, kita lah yang masak, sekarang ja di awal kehamilan ni, dapat cuti daripada memasak. Adooi, bila mama masak di dapur, cepat-cepat aku masuk bilik supaya tidak rasa loya. Mudah rasa sedih dan sensitif juga semakin bertambah-tambah. Mudah sangat mengalirkan air mata lebih-lebih lagi bila teringatkan mr hubby yang jauh dimata. Nasib baik la mr hubby selalu bagi semangat dan kata2 yang best. Adakah ini semua simptom 'morning sickness', atau dalam bahasa bajau dipanggil ...

amalan ketika hamil dalam Islam

Salam, Sebagai seorang hamba Allah, kita seharusnya bersyukur atas nikmat dan kurniaanNya. Bila dikurniakan rezeki anak, seharusnya penjagaan yang baik adalah bermula dari rahim lagi. Berikut adalah antara amalan-amalan yang baik untuk dilakukan semasa mengandung:  (Share dari blog  http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/12/02/amalan-ketika-hamil-menurut-islam/  ) 1. Banyakkan bertaubat  - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. 2. Menutup Aurat  - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan. 3. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran: 3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi 3.2- Surah Yaasin 3.3- Surah Taubat 3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat) 3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna). 3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat) 3.7-...

Mum To Be!!

Salam, Mungkin masih terlalu awal untuk announce pasal berita baik mengenai 'Mum To Be' di FB. Emm...cuma kadang-kadang kita manusia biasa ni perlukan perkongsian dengan orang lain samada berita gembira mahupun berita sedih. Dalam bahasa Inggeris 'Sharing is Caring'. Kata orang tua2, aku ni bunting pelamin. Sebab dengan izinNya, rezeki dan kurniaanNya ini mudah saja Dia bagi. Alhamdulillah..Syukran Ya Rabb.. Untuk pengalaman yang pertama ini, aku cuba cari tip-tip mengenai apapun yang berkaitan dengan kehamilan. Peringatan buat diri sendiri, Besederhana sahaja, jangan terlalu exited sehingga mengabaikan soal penjagaan diri. Berikut adalah tip yang dicopy dari byk blog yang memberikan banyak tips penjagaan diri di awal kehamilan. Yang perlu dielakan semasa kehamilan : 1) Aspirin merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. 2)Alkohol - ia akan meracun sel-sel...

syukur alhamdulillah :-)

Salam keceriaan buat semua...:-) semoga sihat hendaknya, (mcm tulis karangan surat x rasmi pula, hihi). Sebenarnya nak berkongsi sedikit pasal kisah suka sejak dua menjak ni. Entahlah, akhir2 ni..aku banyak sgt songeh..mau mkn durian la..mkn nasi ayam penyet la, mcm2 lagi lah..my Mr hubby nasib baik la rajin melayan karenah si isteri ni. Sudah tu, pening2, mual2 & sbgnya. Period pun dah agak lewat 3 hari. Ehemm...apa ni?Korang dpt teka ka simptom apa? Ok la..disebabkan oleh beberapa perkara ini dan kebarangkalian yang ingin dijawab, sabtu lepas bawa la hubby ke farmasi beli fregnancy test. Sampai rumah, tidak la cek terus. Tunggu lagi keesokan hari, test punya test, double line..means positif..emm...agaknya la..^_* Then, hubby bawa la ke klinik. Ya lah, tiada pengalaman kan disamping mahukan confirmation daripada   Dr.  ''Tahniah, puan..kamu disahkan hamil". apapun, syukur sangat2 Ya Allah atas kurniaan ini.