Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cinta Sejati

1st anniversary

Syukur alhamdulillah, Hari ini 18.11.2012 genap setahun usia perkahwinan saya dgn encik hubby yang tersayang. Tiada kata dpt diucapkan selain memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah swt atas kebahagiaan, kesihatan dan kurniaan yang terindah iaitu kehadiran permata hati tersayang Mohd Afif. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...Thank You Allah...!! Pakaian tradisi Jawa (hubby side) Pakaian tradisi Bajau Sama Kota Belud Ya Allah, please keep him safe, blessed and let us be together eternally, amin.. we have been married 1 year, and after 1 year....... Happy 1st anniversary 'Asmadi &Farra ^_^

Cinta Sejati, Cinta Hakiki

........ Cinta Sejati Cinta Hakiki ........... Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan. Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghi...

Pertanyaan Untuk CINTA

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana ? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu se...

bila aku jatuh C.I.N.T.A

Allahu Rabbi aku minta iz in Bila suatu saat aku jatuh ci nta Jangan b iarkan cinta untuk-Mu berk u rang Hingga membuat lalai akan ada nyaMu Allahu Rabbi Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu dan membuatku semakin mengagumi-Mu Allahu Rabbi Bila suatu saat aku jatuh hati Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi Pintaku terakhir seandainya kujatuh hati Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku Anugerahkanlah aku cinta-Mu... Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Wanita Solehah Idaman Mujahid

1) "Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.... Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanit a yang solehah...” 2) ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 3) "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan. 4) “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling memi...

ada apa dengan C.I.N.T.A?

CINTA.... 1) Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Ma hatma Ghandi 2) Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberik an sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. 3) Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin m encintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 4) Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehin...

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita dimuliakan Allah dengan syurga,dan di antara mereka ada pula yg dihinakan Allah dengan neraka.Sabda rasullullah s.a.w.: Seutama-utama wanita ahli syurga adalah : 1) Khadijah binti Khuwailid 2)Fatimah binti Muhammad 3)Maryam binti Imran 4)Asiyah binti Muzahim. Khadijah binti Khuwailid lahir dalam sebuah keluarga terhormat dan mendapat didikan akhlak yg mulia,sifat yang tegas,mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliah menyebutnya dengan at-thahirah(wanita yg suci).Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak berdebat,bahkan dia tetap membenarkan ,menghibur ,dan membela rasullullah s.a.w. di saat semua orang mendustakan dan memulaukan baginda.Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya,jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah.Dia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan turut merasakan tekana...

Doa K.E.K.A.S.I.H

Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagian antara kami Agar kemesraan itu abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan Merah Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya Dan Ya Allah yang tercinta Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buat ku Kerana Engkau maha mengetahui Segala yang terbaik buat hamba Mu ini Ya Allah Cukuplah Engkau sahaja ya...

Kisah Cinta Sejati Khadijah

Tidak dapat dinafikan, Khadijah, isteri Rasulullah saw., merupakan seorang yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki perilaku yang mulia, Khadijah juga merupakan seorang yang cerdas dengan ketabahan yang menakjubkan. Dia rela mengorbankan seluruh harta dan jiwanya untuk dakwah Rasulullah. Dengan kematangan, kebijaksanaan dan kewibawaan dirinya, Khadijah menyokong, membangkitkan tekad dan membarakan dakwah Rasulullah. Khadijah berusaha sekuat tenaga untuk menghibur dan mendorong suaminya agar bersabar. Dia sering cuba meyakinkan suaminya bahawa Allah tidak akan meninggalkan dan mengabaikannya. Rasulullah pun merasa terhibur mendengar ucapan isterinya itu. Khadijah memiliki pertimbangan yang matang, pemikiran yang seimbang, keimanan yang kukuh serta keikhlasan yang tinggi. Khadijah adalah isteri dan penasihat terbaik yang pernah dimiliki oleh Rasulullah. Dalam setiap kesulitan, Khadijah merupakan orang pertama yang berada di sisi Rasulullah. Khadijah sentiasa mencurahkan cintanya ya...