Skip to main content

Posts

Showing posts with the label My beloved parent

IBU, dirimu amat kusayangi

Ibu, di sebalik wajah mu yang ceria, aku tahu betapa besarnya dugaan yang ibu tanggung. Dapat aku rasakan duhai ibu. Sejak aku berusia 10 tahun lagi, ibu telah berbekalkan ubat-ubatan yang dimakan setiap pagi dan malam kerana menanggung penyakit 'schizoprenia'. Kini, ada ubat baru lagi yang ibu kena makan. Ibu menanggung penyakit 'asthma'. Ibu kena sentiasa menjaga makan dan minum dikala orang lain enak menikmati makanan. Jika ibu makan makanan yang pantang seperti buah tembikai, seafood dan air sejuk, pasti ibu tidak dapat melelapkan mata di malam hari kerana astma sehingga sukar untuk bernafas. Ibu, Sabar lah...semuanya datang dari Nya. Hidup ini sentiasa diuji ibu. Itu juga tanda kecintaanNya pada kita. Agar kita sentiasa ingat padaNya. Walau bagaimanapun, disebaliknya, aku amat mengagumi kekuatan semangatmu duhai ibu. Senyumanmu tetap terpancar walau jarum suntikan kerap menusuk tanganmu. Cerita bergambar: 16 April 2011- Ibu dibawa ke Hospital Kota Belud (wad ...

a.k.u sayang, a.k.u rindu!!

sayang sangat22.... rindu sangat22... sentiasa ingin bersamanya, ingin menemaninya.. sentiasa ingin melihat senyumannya, malah ingin mengelap air matanya jika dia dalam kesedihan.. sukar untuk aku berjauhan darinya.. sungguh besar pengorbananmu...mama... mama, suda masuk hari ke-8 mama di hospital. Sentiasa mendoakan kesihatan mama. Insyaallah, mama pasti akan sembuh. Tabahkan hati mama!! Kami akan sentiasa berada di samping mama. " Ya Allah, gantikan lah kesedihan ini, dengan kegembiraan. Aku yakin pada-Mu Ya Allah" Setiap ujian yang hadir ini, pasti ada hikmah disebaliknya. mama, semoga cepat sembuh :'( mama, walau di kala ini aku jauh darimu, tapi in gatanku padamu amat kuat sehingga tidak terluah dengan kata2. Hanya mampu mendoakan mama agar c epat sembuh dari kejauhan. Anakanda:Farra, UPM (Nov-Dis 2010)

because you loves us...daddy..!!

Surprise untuk bapa-Restoran Mayang Sari, KB-20 Jun 2010 Lagu tema buat bapa di Hari Bapa ini adalah 'Because you loves me-Cellion Dion' Video khas buat insan yang amat disayangi ini-SABLI NANTI by: farra ,azhari, azizi. fatin, akmal,eja

untukmu IBU

IBU...engkau lah, ratu hatiku...bila...ku berduka, engkau, hiburkan selalu.... SELAMAT HARI IBU, 9 MEI 2010 Wajah ceria kedua IBU BAPA ku yang tercinta, sempena kehadiran CUCU pertama mereka... baby rizwan...!! baby itu yang comel tu, anak macik aku....hehe...maa...paa...tungguuu.....masa untuk menimang cucu sendiri akan datang juga...Insyaallah...!! By: farra

kenapa MOGOK??

Di pagi Jumaat yang penuh berkat ni, blogwalking..tetiba pla jumpa isu ni dr blog seseorang..aku pun mula lah copy and paste sebab tajuknya yang sangat menarik.. IBU BAPA MOGOK TIDAK MEMBENARKAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH Macam-macam perkara yang berlaku dalam dunia pendid ikan ini. Kalau dulu anak-anaklah yang mogok tidak mahu ke sekolah tetapi sekarang ibu bapa pula yang mogok tidak membenarkan anak mereka ke sekolah. Saya memandang perk ara ini dari sudut yang positif bahawa kemungkinan guru besar tersebut sudah melakukan sesuatu yang terbaik sehinggakan ibu bapa terlalu sayang kepadanya dan merasakan kehilangan apabila dia tidak lagi berkhidmat di sekolah anak mereka. Apakah yang dilakukan dan bagaimana dia melakukan sehinga nampak sangat kuasa pengaruhnya kepada ibu bapa di sekolah tersebut perlulah kita selidiki dan pelajari. Syabas dan tahniah buat Cikgu Sabli Nanti kerana anda telah membuka mata masyarakat bahawa betapa besarnya peranan seorang guru di sekolah. Buat guru-gur...

My Beloved Dad 'Sabli Hj Nanti'

Sempena 'Hari Bapa' ini, ingin aku mencoretkan sedikit mengenai kisah bapaku..Dia merupakan seorang pendidik,daripada guru biasa-penolong kanan-guru besar dan sekarang penyelia pendidikan daerah. Ingin aku menyentuh sedikit keperibadian ayahku ini, dia seorang yang berhati mulia, gemar melakukan aktiviti kebajikan dan penyayang. Sebelum dinaikkan pangkat ke penyelia bermula Februari 2009, ayahku bertugas di Sk Pulau Mantanani selama setahun lebih. Walau di mana dia berada, dia sangat komited dengan kerja dan mudah mendekati masyarakat. Perpindahannya dari Sk Pulau Mantanani telah menjadi isu kerana ibu bapa mahu ayahku dikekalkan di sana sehingga mereka mogok tidak mahu menyekolahkan anak2 mereka. Apa saja masalah, ayahku tetap cool menghadapinya. Itu yang membanggakan aku..Aku telah menghadiahkan perfume 'Polo-RL' dan baju kemeja 'Bonia' sempena hari bapa tahun ini. Dad, you need to know 'I love you so much'...I'm so glad for your kindness..I'm...