Skip to main content

Hakikat seorang 'Wanita'

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...