Skip to main content

-hOmE sIcK-

Salam..

Malam ni aku stay di hostel KF..rindu kat kengkawan di sana..walaupun selalu jg jmp di kampus. Terasa rindu ceta2..huh..tp, kenapa hatiku terasa sedih..dr IBTP lagi..aku ckp ngan kawan aku..

Aku: Lin, sedih la..mcm homesick..
Lin:Hah, homesick??tak patut..tiap minggu balik kg..kami ni..setahun sekali balik tau..
Aku:@#%^..(x tau nak ckp apa..)
Lin:Jom la kak..kite balik..budak2 rumah dah tunggu kite balik tu..(ni skrip tambahan..harap maklum)

Best berceta2 ngan kengkawan rumah..sejak checkout dr rumah tu..(bulan 6),1st taim la aku tido cni..dekat katil lamaku..rindunya..

Taim ni..jam menunjukkn pukul 12 a.m..suara anjing yang mendayu2 jelas kedengaran di luar sana..ku pandang kiri..jendela yang terbuka luas..ku pandang kanan..Tini sedang tdo nyenyak..ku pandang atas..lampu kalimantang yang masih on..ku pandang bawah...ku lihat jari jemariku yang tidak mulus 'pantas dan tuntas', tik tok tik tok..bunyi keypadnya.ku pandang depan..laptopku yg setia mendengar pengaduanku sedang menyaksikan titisan2 air mataku..aku menangis..aku sedih..!!Mengapa aku menangis ni??esok kn sudah nak hantar tesis..hasil penat lelah selama 2 tahun..sepatutnya happy la..mungkin sebab esok aku jg ada appoinment dgn Dr Rashid, (dentist) nak buat 'Root canal treatment' pada gigiku..oh..tidakkkkkk..aku bukan sedih pasal ituuuuu.....!!

Sebenarnya aku teringat kawanku..Miss Sakura (bukan nama sebenar,penat aku pikir nama samaran ni)..oh miss Sakura:

1)Aku teringat masa kita berlari2 dr SST ke IBTP jln kaki, nak minta sign Datin tuk further study
2) Aku teringat masa kita gembira dapat rumah yang sama, bilik yang sama di KF
3) Aku teringat masa kita menangis sama2 bila permohonan biasiswa kita tidak dapat..
4) Aku teringat masa kita mengeluh, semangat mo pegi lab..tapi bas tiada muncul2
5) Aku teringat masa kita melompat2 kegembiraan kerana dapat biasiswa MOSTI pada semester ke 4..berkat kesabaran..
6) Aku teringat masa kita ber'facial2' di bilik dengan ramuan masker putih telur+kunyit+bedak sejuk, dan beli krim pemutih wajah..Natasya..
7) Aku teringat masa kita tidak tidur malam, WRITING tesis..urut2 belakang bila penat..
8) Aku teringat masa kita bercerita2 sampai tetido..cerita romantis..berangan..dan tett..:0
9) Aku teringat masa kita rilis tension..Kbox, tgk wayang, window shopping, lepak dll
10) Aku teringat masa ko masak lauk kari kepala ikan kegemaranku..sampai aku minta resipi
11) Aku teringat masa ko la org yang setia memperbetulkan lirik2 lagu yg selalu salah lirik bila nyanyi..walaupun lagu berkenaan selalu aku dengar..tp tetap jg salah lirik
12) Aku teringat masa kita bercerita..mengulas buku yg best2..terutamanya buku PHD kecil, tapi signifikan..dan buku2 pasal wanita..Siti Khadizah dll..
13) Aku teringat masa aku menemanimu membuat medical check up untuk permohonan buat phd ke Jepun..
14) Banyak lagi yang teringat ni..tapi cukup la tu..

Dan, yang paling aku tidak suka ingat:
...Masa kita bergaduh..ego yang drastik..ops, cukup la utk part ni..memang aku tidak suka ingat..

Sekarang..miss Sakura berada di negara matahari terbit..di Kota Jepun..berjaya buat phd di sana..sekalung tahniah diucapkan..aku tahu semangatmu sangat kuat..tidak mudah tegar walau apapun badai yang menimpa..aku doakan kau berjaya pulang ke tanahair dengan 'Dr phd' mu..teruskan perjuanganmu....aku di sini menantimu..meniti janji sebuah kejayaan..jangan cemas, percaya diri, yakin..u can do it..gOOd LuCk dEaR!!


~HoMe SicK?? translate: rumah sakit @ sakit rumah...(sekadar luahan)..mungkin tittle post ini perlu ditukar kepada 'GoOd FriEnD SiCk'..fs~


Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka