Skip to main content

Aku dan K.E.K



Salam Aidilfitri dan Salam Ceria..

Aku minat buat kek..
Hanya belajar sendiri2 di rumah..tgk buku2 resipi..tanya kawan2..dll..
Selalunya buat kek hari jadi untuk ibu bapa, adik2 dan kawan2..anniversary my parent (20 Disember) dan banyak lagi acara2 lain yang sewaktu dengannya..dengan itu, adalah juga sedara mara yang menempah kek yang tidak seberapa..

Baru2 ini (bulan posa 1430h), ada kursus bakeri, pastri dan kek di KK..aku pun curi2 masa sedikit untuk menghadiri kursus ini..eh, bukan sedikit masa tau, banyak masa..5 hari..huh,minta cuti awal la 2 minggu sebelum hari raya..rupanya pegi berkursus buat kek..tidak kena mengena dengan tesis aku..hanya kerana minat..(sori boss.., bila balik Malaysia nanti saya buatkan kek..:-)

So, banyak manfaat yang diperolehi daripada kursus ini..selama ini aku buat kek, guna tepung yang tidak sesuai..manalah tahu kan..ingatkan tepung gandum ni semuanya sama..Chef cakap tepung yang aku guna selama ni hanya bleh guna untuk goreng kuih pisang..jangan guna tepung cap rama2 ka,cap kumbang ka,cap belalang ka..gunalah..SUPERFINE FLOUR!!!ada jual di 'Bake with me', jalan Lintas, Kota Kinabalu..

ops..Chef yang mengajar adalah Chef Sazali Ismail (Chef Selebriti Malaysia) dan Chef Noordin (pernah bertugas di Istana Sultan Brunei)..rasa sangat teruja dan bertuah la kerana berkesempatan belajar teknik2 membuat kek, pastri dan roti dengan mereka..
Aku dan Kek tidak boleh dipisahkan..maanfaatkan hobi anda dengan membuat pelbagai transformasi pada kek tersebut.."Farra's Cake House"~fs~

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...