Skip to main content

Mama Writerpreneur (12-24)

Menulis dari HATI? Uruskan hati dengan baik


Setiap hari yang kita lalui, satu ujian yang kita seringkali terlepas pandang dan tidak sedar adalah ujian bagi hati. 

HATI, dalam sehari, ia berubah-ubah. Kadang-kadang, sebelah pagi kita tenang, damai dan gembira. Entah kenapa, tengahari, kita resah, risau. Sebelah petang, kita gembira semula dan sebelah malam pula terasa hendak marah sahaja. 

Oleh itu, sebagai penulis, selain menguruskan masa untuk menulis. First thing first, uruskan hati yang selalu berbolak balik itu. Tulisan kita itu, lahirnya dari hati, andai hati kita tidak menentu, tulisan kita juga tidak menentu. Plot cerita berubah-ubah, untuk penulis novel, mungkin ada baiknya, kerana turun naik perasaan ketika membikin cerita itu penting. Namun, untuk penulis agama atau motivasi, hati tidak boleh hendak berubah-ubah, ia kena sentiasa berada di zon positif. Kita hendak mengajak orang lain ke arah kebaikan, memberi inspirasi dan motivasi. Sebelum kita mengubah orang, kita hendaklah berubah dulu. Perubahan itu bermula dari HATI.

Tiada rahsia apa, kembali pada Allah SWT, kerana dia yang membolak balik hati manusia. Hati manusia dalam genggaman Dia. Sedari, dan sentiasa muhasabah diri. Tanamkan kerendahan hati, sifat kehambaan dan jadilah Hamba Allah yang sentiasa tawadduk. 

MENULIS??

Betulkn sahaja Niat, Dia bantu. Ilham, ruang masa untuk menulis, itu semua rezeki dari-Nya, yang sentiasa mempermudahkan urusan kita.



'Fikir baik-baik, tulis baik-baik 
Sentiasa berada di zon positif. Bersama kita menjaga 'hati' baik-baik, bolak-balik hati itu, UJIAN kita setiap hari' -FS

Semoga bermanfaat!!







Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...