Skip to main content

Bantal Kapok by papa's handmade

Salam..
Ni mo ceta sket pasal bantal kapok, diperbuat daripada kapok (dari buah kapok) yang mana susah sangat nak cari kapok sekarang ini. Ntah, pokok kapuk ni dah hampir pupus ka tak tahu la..mana peginya kapok2 tu..

Aku berkahwin sudah hampir setahun lebih, sudah ada anak pun yang berusia 3 bulan. Baru aku tahu yang hubby aku yang tersayang ni ada bakat terpendam rupanya. Betul-betul tidak sangka. Ya lah..masa bercintan cintun dulu, mana sempat bercerita mengenai bakat masing2. Kitorang kan 'Love after Married', huh..sapa kata Love After Married ni x best..best sgt2..

My hubby ni rupanya minat MENJAHIT!!eh..jgn ketawa tau..macho tau Inspektor Asmadi menjahit. Suke..suke..suke...:)

Jom tgk Isp. Asmadi bersama bantal kapuknya..khas buat anak tersayang, Mohd Afif yang balik esok ke Sabah..










Best sgt, afif merasmikan bantal kapok hasil tangan papa dia. Sampai x mo lepas bantal tu. Papa buat 2 set, satu utk afif, satu utk eisya. Eisya tu kazen afif..

Dah post pic bantal ni kat FB, tidak sangka terus ada kawan yang nak order. Waa...bestnya...boleh buat side income ni..:) 

 bantal kapuk ni memang sudah nak dapat. Tahan lama, tidak seperti bantal span yang banyak kat pasaraya tu. Ni, Original handmade!!Quality Superb..!! Jahitan mesin dan tangan yang kemas..!!

Cehh..aku ni beriya2 ni nak promote. Aku just nak sokong hobi hubby aku. Macam juga dia sokong hobi aku buat kek...hihi..Di samping nak tambah2 duit tabung/ takaful afif. 

Ok guys, sapa2 yang berminat nak order bantal kapuk, nak borong bantal kapuk ka, nak hadiahkan buat kawan2 yang baru dpt baby ka..boleh email di farrawatisabli@gmail.com. Nanti akan dibalas beserta no tel. Only for the serious buyer :)

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...