Skip to main content

Graduation 2011 and My paper published :)

Salam,

Lama tidak bercerita mengenai research dalam blog ini. Sabtu lepas, supervisor ada sms mengenai paper yang saya tulis bagi research semasa pengajian master telah diterima untuk diterbitkan dalam sebuah journal antarabangsa.

Happynya!! sebenarnya dah banyak kali tulis manuskrip untuk dihantar ke mana-mana journal, tapi tidak semua journal boleh menerima hasil penulisan dan penyelidikan kita. Lebih-lebih lagi ke journal antarabangsa yang mempunyai impact factor yang tinggi kerana persaingan dengan penyelidik lain dan standard yang tinggi. Daripada penulisan-penulisan sebelum ini yang tidak diterima (rejected), ia sebenarnya dapat memperbaiki penulisan kita hasil daripada komen reviewer yang sememangnya expert dalam bidang ini.

Tajuk paper adalah ' Antioxidant properties of selected etlingera and zingiber species (zingiberaceae) from Borneo Island'. Paper ini telah diterbitkan di 'International Journal of Biological Chemistry', Januari 2012.
http://scialert.net/abstract/?doi=ijbc.0000.37942.37942

Insyaallah, next month paper kedua saya akan diterbitkan di PERTANIKA Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS). Paper kedua ini adalah bertajuk ''Cytotoxic Properties of selected Etlingera spp. and Zingiber spp. (Zingiberaceae) endemic to Borneo (JTAS Vol. 35(1) Feb 2012).

Sebagai seorang academician-to be, penerbitan journal amatlah penting. Ia dapat menjadi rujukan bagi penyelidik lain dalam bidang yang sama.

Alhamdulillah, the journey of success- Graduation 26 Nov 2011and  two papers published :)



Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...