Skip to main content

Wanita Solehah Idaman Mujahid

1) "Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanit
a yang solehah...”

2) ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
3) "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

4) “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1)

5) Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)
6) Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah :

-Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain

-Tidak terburu-buru dan panik

-Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang -bersifat rahsia

-Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan

-Bersifat amanah

-Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan

-Sabar dalam menghadapi permasalahan suami
Selamat Menjejaki Jejak Siti Khadijah ...



Popular posts from this blog

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...