Skip to main content

TGLWC 2010

Salam..
Hi..hi..bertemu kembali.....

Sebenarnya busy skit sejak dua menjak ni..komitmen lebih skit samada weekday mahupun weekend, weekday tidak payah cakap la..aku cuma mau share apa aktiviti aku setiap weekend bermula 20 Februari 2010.

Program TGLWC 2010, apa tu??pasti ramai yang tertanya2 kan..ok la, aku describe skit pasal program ni..

Menyedari betapa pentingnya kita menjaga kesihatan dan menjaga diet yang seimbang. Maka, tercetusnya program:

TAUN GUSI LOST WEIGHT CHALLENGE 2010 (TGLWC)
Program ala2 The Biggest Loser la konon..tapi ini di peringkat kampung dan penyertaannya adalah tertutup..hanya terbuka kepada saudara mara yang terdekat saja..baru percubaan, kalau program ini menjadi, insyaaalah akan diteruskan ke tahun hadapan dan membuka penyertaan kepada semua.

Para AJK tertinggi terdiri dari aku and the Cazen's gang ja..tiada orang lain..(AKU peserta juga merangkap BENDAHARI program)

Berikut adalah Catatan Diari sepanjang Program Berlangsung:

20 Februari 2010:
Pendaftaran Peserta
Acara Timbang Berat Badan, jumlah % lemak dalam badan dicatat juga
*Peserta yang berdaftar adalah seramai 17 orang dalam 2 kategori iaitu, 18-35th dan 36th->>

27 Februari 2010

Senam Robik, Menari Poco-Poco dan Line Dance

6 March 2010

Senam Robik, Menari Poco-poco dan Line Dance

13 March 2010 dan seterusnya...
banyak lagi aktiviti lain yang dirancang sepanjang program

*Setiap hujung bulan peserta akan ditimbang, sehingga Mei..pusingan pertama*

Pic 1 dan 2: Acara timbang


Pic 3: Diari minggu pertama


Pic 4 dan 5: Diari minggu kedua



MAJUKAN DIRI, SIHAT SENTIASA
-fs-

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...