Skip to main content

Posts

Biskut Raya 2013

Salam... tahun ni, seperti tahun2 lepas juga, saya buat biskut raya..ini la perniagaan bermusim saya, cuma tahun lepas saya sarat mengandung so, no more biskut raya masa tu.. so, jom jom,,intai2 biskut raya. Tahun ni saya fokus pada 6 jenis biskut raya yang HOT SELLING dari tahun ke tahun. Tart Nenas Gulung Harga : RM 28 50 biji / Balang (100% butter)   Almond London Harga: RM 30 50 biji / Balang (100% Butter, Almond, Chocolate compound) Snow almond Harga: RM28 50-55 biji / Balang (100% butter, ground almond, Chocolate compound, breadcrumbs)   Snowy Heart Cerelac Harga: RM 25 50 biji/ Balang (GeeBlend, Buttercup, Cerelac) Crunchy Nestum Cookies Harga: RM 25 50 biji/Balang (100% Butter, Kismis, Nestum, Susu tepung) Chocolate Cip Cookies Harga: RM 25 50 biji/Balang (Butter, nib almond, chocolate chip, chocolate rice)   Sesiapa berminat mau jadi agen biskut raya dari  ~FAFA HOMEMADE COOKIES~ Boleh sm...

Ayahku Hebat, terima kasih ayah...

Selamat hari bapa pa.... Sungguh besar pengorbanan mu tidak mampu untuk dibalas... I love u...I love u..... 'Ya Allah, berilah ayahku kesenangan, kelapangan, kesihatan dan rezeki. Berikanlah yang baik-baik sahaja buat ayahku...amin..amin..Ya Rabbal alamin....'

Pengajaran dari Peristiwa Isra' dan Mikraj

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 01. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah A...

Rancanglah kewangan anda!!

Perancangan kewangan satu kemestian. Merencana senario kehidupan adalah sebahagian daripada ciri-ciri individu Muslim. Supaya kita mampu memaksimakan manfaat daripada pendapatan kita perlulah semua perbelanjaan disusun dan diagihkan berdasarkan keperluan sebenar. Supaya kita dapat menentukan keperluan sebenar kita perlu membuat analisa keperluan kewangan. Menganalisa keperluan kewangan. 1. Menentukan Objektif kewangan Jangkamasa pendek/ segera. ____________________ 1. Perbelanjaan bulanan. 2. Tabung kecemasan: a. perubatan. b. senggara kenderaan c. keperluan ibu-bapa d. kos rawatan penyakit kritikal e. kos saraan hidup akibat lumpuh dan kehilangan pekerjaan Jangkamasa sederhana _____________________ 1. Menunaikan umrah/haji 2. Sedekah 3. Melancung 4. Menziarahi keluarga 5. Keraian Jangkamasa panjang _____________________ 1. Kos perbelanjaan pendidikan anak2 2. Kos perkahwinan anak2 3. Keperluan persaraan. 4. Wakaf fi sabilillah / sedekah jariah. 2. A...

Berani berIMPIAN

Dalam hidup ni, terlalu banyak impian yg kita mahu capai. Kadang-kadang, tidak sabar rasanya utk mencapai apa yg diimpikan. Tapi, perlu diingat, Kita minta A, B yang dapat, minta B, C yg dapat. Kita biasa merancang yang terbaik untuk diri kita, tapi sebaik-baik perancang ialah Allah SWT. APA YANG PENTING? USAHA...USAHA..USAHA..jangan duduk diam sahaja menanti dan menanti. JOM, audit diri..JOM berubah.... Semoga kaya dan berjaya.... Cari ilmu kekayaan dan kejayaan dari mentor yang suda terbukti berjaya spt Dr Azizan Osman, Dr Niki Shuhada Shukor, Datuk Dr Maznah Hamid dan ramai lagi. Minda org yg berjaya adalah mereka fokus terhadap apa yg mereka buat.

lamanyaaa.....

cek balik blog ni, last posting last year..maksudnya, tahun2013 ni blum pernah update apa2 di blog ni. Sekarang ni mo bulan 6 suda..cepat masa berlalu.. Harap2 mood berblogging datang kembali...banyak perkara yg boleh kita kongsikan dlm blog. Farra.....cepat...IDEA..share...

Bantal Kapok by papa's handmade

Salam.. Ni mo ceta sket pasal bantal kapok, diperbuat daripada kapok (dari buah kapok) yang mana susah sangat nak cari kapok sekarang ini. Ntah, pokok kapuk ni dah hampir pupus ka tak tahu la..mana peginya kapok2 tu.. Aku berkahwin sudah hampir setahun lebih, sudah ada anak pun yang berusia 3 bulan. Baru aku tahu yang hubby aku yang tersayang ni ada bakat terpendam rupanya. Betul-betul tidak sangka. Ya lah..masa bercintan cintun dulu, mana sempat bercerita mengenai bakat masing2. Kitorang kan 'Love after Married', huh..sapa kata Love After Married ni x best..best sgt2.. My hubby ni rupanya minat MENJAHIT!!eh..jgn ketawa tau..macho tau Inspektor Asmadi menjahit. Suke..suke..suke...:) Jom tgk Isp. Asmadi bersama bantal kapuknya..khas buat anak tersayang, Mohd Afif yang balik esok ke Sabah.. Best sgt, afif merasmikan bantal kapok hasil tangan papa dia. Sampai x mo lepas bantal tu. Papa buat 2 set, satu utk afif, satu utk eisya. Eisya tu kazen...

Afif 3 month

Berat afif masa 3 bln ialah 5.8kg..syukur, anakku membesar dgn sihat. Sudah pandai bertiarap.

1st anniversary

Syukur alhamdulillah, Hari ini 18.11.2012 genap setahun usia perkahwinan saya dgn encik hubby yang tersayang. Tiada kata dpt diucapkan selain memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah swt atas kebahagiaan, kesihatan dan kurniaan yang terindah iaitu kehadiran permata hati tersayang Mohd Afif. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...Thank You Allah...!! Pakaian tradisi Jawa (hubby side) Pakaian tradisi Bajau Sama Kota Belud Ya Allah, please keep him safe, blessed and let us be together eternally, amin.. we have been married 1 year, and after 1 year....... Happy 1st anniversary 'Asmadi &Farra ^_^

Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya   syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan En...

Afif 2 month :)

Berat afif 2 bulan adalah 5.2kg. 

Afif 1 month :)

Saat kelahiran 'Mohd Afif'

Salam,  Sudah lama tidak update blog ni, tup tup tajuk entry kali ni saat kelahiran putera sulungku suda. Mungkin kerana pelbagai kekangan masa akhir2 pregnant, so, mood berblog pun masa tu kurang.  Sebenarnya, tarikh jangkaan bersalin adalah 31 Ogos 2012. Hari Merdeka!!! Tapi, didapati pada hari berkenaan tidak ada tanda2 hendak bersalin. Mungkin sebab anak pertama, agak lambat sikit. Sihat walafiat lagi dan sempat tengok perbarisan sempena hari merdeka di KK (depan hotel promenade), masa tu parent dari KB datang, mak mentua dari Tawau pun ada. Hubby? emm..direct cuti since raya lagi, menanti kehadiran our prince.  Dipendekkan cerita, pada 3 September 2012 (pagi) aku dapati ada tanda yang jelas menunjukkan saat kelahiran putera sulungku tiba. Sakit perut dan darah !! Segera kejutkan suami dan kami ke hospital jam 3am. Sampai di hospital, periksa di bilik penilaian rahim dah buka 3cm dan boleh admit di wad kenanga 1. Sakit perut kian terasa, baring, duduk, me...

Kehamilan dan Fibroid

Salam.. Semalam, 26.4.2012, Aku ada temujanji di Klinik Kesihatan ibu dan anak. Excited la juga sebab 1st time scan baby dalam perut ni yang makin hari terasa makin aktif. Malam tadi, susah mau tidur sebab baru balik dr Kuching bercuti nak jumpa hubby. Biasalah, baru berpisah..mood sedih lagi..;p Cerita di klinik, Sekarang kandungan aku telah berusia 21 minggu (5 bulan, 1 minggu). Masa scan, mula2 tu Dr ckp, baby ok, jantung baby ok dan fizikal pun ok. Lega rasanya. Aku pun nampak juga baby dalam perut ni walaupun agak kurang jelas. Tp maybe naluri keibuan yang tinggi, nampak mcm baby tidur dengan lena. Otherwise, ada something ni. Nampak tak? Dr tanya, aku pun tgk..ada lah nampak mcm gelap sikit kat bawah tu. Ada apa Dr? Look like fibroid..Ya, fibroid, kata Dr. Aku dah start risau. Dr scan lagi nak memastikan benda tu. Dan Dr Fatimah sahkan ada fibroid dalam rahim sebelah bawah sebesar 6x5 cm. (Bayangkan perasaan I masa tu mcmn). Kemudian, dr terangkan sedikit mengenai f...

My baby progress: 20 week

Salam, Only 20 more weeks to go Woohoo! I'm FINALLY half way through my pregnancy! This week I'm carrying 10.5 inches and 10.5 oz of growing baby-goodness! My perfect little baby now has tiny eyelashes, eyebrows, and their tiny teeth buds are sprouting beneath the gum line. (paste dari Baby gaga from FB) alhamdulillah, sudah separuh fasa kehamilan telah ditempuhi. Macam cepat pula masa berlalu. Indahnya proses kehamilan, tidak pernah dialami selama ini iaitu dari morning sickness, kurang selera makan ke 'asyik lapar ja sepanjang hari'. Sudah boleh masak, daripada elergik bau dapur di awal fasa kehamilan dulu. Hasil rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan setiap bulan, setakat ini tidak terdapat apa-apa masalah mengenai kandungan ini. Cuma berat badan masa tiga bulan yang pertama telah berkurang sebanyak 3kg. Mungkin disebabkan oleh muntah2 yang teruk. Kini, memasuki bulan ke-4 telah menaik sekilo. Ok la tu :-) Pergerakan baby, makin aktif dari sehari ke se...