Skip to main content

Posts

IBU, dirimu amat kusayangi

Ibu, di sebalik wajah mu yang ceria, aku tahu betapa besarnya dugaan yang ibu tanggung. Dapat aku rasakan duhai ibu. Sejak aku berusia 10 tahun lagi, ibu telah berbekalkan ubat-ubatan yang dimakan setiap pagi dan malam kerana menanggung penyakit 'schizoprenia'. Kini, ada ubat baru lagi yang ibu kena makan. Ibu menanggung penyakit 'asthma'. Ibu kena sentiasa menjaga makan dan minum dikala orang lain enak menikmati makanan. Jika ibu makan makanan yang pantang seperti buah tembikai, seafood dan air sejuk, pasti ibu tidak dapat melelapkan mata di malam hari kerana astma sehingga sukar untuk bernafas. Ibu, Sabar lah...semuanya datang dari Nya. Hidup ini sentiasa diuji ibu. Itu juga tanda kecintaanNya pada kita. Agar kita sentiasa ingat padaNya. Walau bagaimanapun, disebaliknya, aku amat mengagumi kekuatan semangatmu duhai ibu. Senyumanmu tetap terpancar walau jarum suntikan kerap menusuk tanganmu. Cerita bergambar: 16 April 2011- Ibu dibawa ke Hospital Kota Belud (wad ...

W.A.N.I.T.A sayangi dirimu

19 HADITH MENGENAI WANITA 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Al...

bersyukurlah

Perbuatan ZAHIR BATIN/JIWA Makan - Sedap- Mensyukuri nikmat pemberian-Nya sehingga kita membacakan doa ‘’Allahuma bariklana fima rozaqtana wa kina ‘adzaban nar.’’ Melihat alam -Indah - Kagum akan kuasa-Nya dan menyebut ‘Subhanallah’’ Menerima rezeki - Gembira - Terharu oleh pemberian-Nya sehingga menyebut ‘Alhamdulillah wal syukurillah.’’ Kuat bekerja -Sihat - Bersyukur dan menujukan perbuatan untuk mencapai keredhaan-Nya Selepas solat, kita digalakkan membaca doa yang mengikrarkan diri kita sebagai hamba Tuhan yang sentiasa lemah: ‘‘ Allah memberikan kesenangan kepada yang dikehendaki-Nya. Ia memuliakan kepada yang siapa yang dimuliakan-Nya, dan direndahkan kepada siapa yang direndahkan-Nya.’’ Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mensyukuri nikmat Allah SWT. Bahkan baginda solat malam sehingga bengkak kakinya. Aisyah ra bertanya mengapakah baginda bersolat sampai begitu pada hal dosanya yang lalu dan akan datang sudah diampunkan Allah SWT. Jawab Rasulullah: ‘...

bila aku jatuh C.I.N.T.A

Allahu Rabbi aku minta iz in Bila suatu saat aku jatuh ci nta Jangan b iarkan cinta untuk-Mu berk u rang Hingga membuat lalai akan ada nyaMu Allahu Rabbi Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu dan membuatku semakin mengagumi-Mu Allahu Rabbi Bila suatu saat aku jatuh hati Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi Pintaku terakhir seandainya kujatuh hati Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku Anugerahkanlah aku cinta-Mu... Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Wanita Solehah Idaman Mujahid

1) "Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.... Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanit a yang solehah...” 2) ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 3) "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan. 4) “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling memi...

ada apa dengan C.I.N.T.A?

CINTA.... 1) Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Ma hatma Ghandi 2) Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberik an sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. 3) Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin m encintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 4) Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehin...

Nothing is Impossible!!

Bagi sesetengah orang, masa depan bertukar kelam apabila kehilangan pancaindera yang digunakan untuk menempuh kehidupan seharian. Namun berbeza dengan Tang Kah Hung, 20, hidup tanpa dapat melihat tidak langsung dijadikan penghalang bagi mencatat keputusan cemerlang 6A+, 3A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Kejayaan itu lebih manis apabila beliau muncul pelajar pertama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM, sejak ia ditubuhkan pada 1974. Kisah hidup pelajar itu sebenarnya menyentuh perasaan, namun perwatakannya yang ramah dan sentiasa optimis amat mengagumkan semua yang melihatnya. Anak muda itu yang lebih senang disapa Jason, memberitahu pemberita di sini beliau disahkan menghidap ketumbuhan otak pada usia 16 tahun dan langsung tidak menyangka penyakit itu mampu merubah kehidupan beliau untuk selama-lamanya. Jason berkata, beliau mula merasa sakit leher ketika di tingkatan d...

adik-adikku, Insya Allah B.O.L.E.H

Tahniah JAKIM dan RTM menjayakan program realiti yang dapat mencungkil bakat anak-anak Malaysia. Anak-anak Malaysia INSYA ALLAH BOLEH!! Kagum mendengar dan melihat kepetahan adik-adik finalis malam ini. Semuanya hebat!! Dengan diselang selikan dengan bacaan al-Quran dan Hadis, serta mesej yang amat baik sekali. Tahniah juga para murabbi yang mengajar mereka, tidak rugi mengikuti rancangan ini setiap minggu.. Lagu Tema Adik-adikku.. Adik-adik anak soleh, Adik-adik serba boleh, Adik-adik akhlak yang mulia, Senyum ceria semua orang suka. Berkasih sayang sesama insan, Taat Allah dan Rasul, Kasihkan ibu bapa. Beramal soleh di mana saja, Berjuang dan berkorban, Untuk agama... Adik-adikku, Insya A llah Boleh! ! Tahniah adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang menjadi juara adik-adikku musim ke2. Persembahan istimewa dari Dato Siti Nurhaliza, Ketika cinta..!! Menambahkan seri pentas akhir adik-adikku..

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita dimuliakan Allah dengan syurga,dan di antara mereka ada pula yg dihinakan Allah dengan neraka.Sabda rasullullah s.a.w.: Seutama-utama wanita ahli syurga adalah : 1) Khadijah binti Khuwailid 2)Fatimah binti Muhammad 3)Maryam binti Imran 4)Asiyah binti Muzahim. Khadijah binti Khuwailid lahir dalam sebuah keluarga terhormat dan mendapat didikan akhlak yg mulia,sifat yang tegas,mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliah menyebutnya dengan at-thahirah(wanita yg suci).Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak berdebat,bahkan dia tetap membenarkan ,menghibur ,dan membela rasullullah s.a.w. di saat semua orang mendustakan dan memulaukan baginda.Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya,jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah.Dia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan turut merasakan tekana...

Doa K.E.K.A.S.I.H

Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagian antara kami Agar kemesraan itu abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan Merah Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya Dan Ya Allah yang tercinta Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buat ku Kerana Engkau maha mengetahui Segala yang terbaik buat hamba Mu ini Ya Allah Cukuplah Engkau sahaja ya...

Minat & Kecenderungan

Rasullah bersabda yang bermaksud: ''Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.'' (Riwayat Ahmad) ' 'Cintailah apa yang kamu lakukan, dan lakukan apa yang kamu cintai'' . Ia bermaksud, minat dan cenderung melakukan sesuatu. Jadi, sebelum melakukan sesuatu, kenalilah diri anda, kenali minat dan hobi anda, asah bakat anda. Pasti masa tidak akan berlalu pergi dengan sia-sia. Dan Allah menyebut, وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى Ertinya : dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).( An-Najm : 39- 40) ''Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang''.

Kapsul terbaik: Usaha, Doa & Tawakal

1) Usaha: 2) BERDOA & TAWAKAL 4) SYUKUR BILA DIBERI KENIKMATAN, SABAR BILA DIBERI UJIAN !! Yang penting, luruskan niat & jangan tersasar dari landasan keimanan. Jika tidak, ia tergelincir dan apa yang dicita akan hancur dan menjadi omong-omong kosong sahaja. Jangan biarkan mereka yang tersayang menangis kerana itu. Bertindaklah!! ''WILLING IS NOT ENOUGH, WE MUST DO" ''KNOWING IS NOT ENOUGH, WE MUST APPLY'' Bawa bekalan 'ketakwaan, kecekalan & tawakal kpd-Nya, inilah bekal yang terbaik untuk kita dalam meniti kehidupan yang penuh cabaran ini. Jangan mengalah dan berundur. Terus maju ke hadapan. Kalau gagal sekalipun, bangunlah dan maju lagi. Lepasilah segala kesulitan-kesulitan itu, kerana ia akan menjadi kenangan manis bila sudah berjaya nanti. SUCCESS IS OUR JOURNEY, NOT A DESTINATION!! INSYAALLAH...INYAALLAH... We will find our way!! (Maher Zain) ~farra~

menghitung hari

hoorey....mo balik Sabah suda...tidak sabar rasanya, fl8 ke KK mlm Khamis ni, naik MAS tau...hehhe...seperti biasa, bila dtg KL, suka tuk aku list2 kan buku-buku dan majalah sepanjang 2 bulan berada di kl (16 Oktober 2010-16 Disember 2010): Magazine: 1) Nur (November 2010) 2) Nur (Disember 2010) 3) Anis (November 2010) 4) Anis (Disember 2010) 5) Aniqah (November 2010) 6) Aniqah (Disember 2010) 7) PENGANTIN (Disember 2010) 8) PENGANTIN (Januari 2011) Book: 1) Mars and Venus on a Date (John Gray) 2) Men are from Mars, Women are from Venus (John Gray) (beli lagi....!!) 3) The best of success 4) Mukjizat Zikir-zikir Asmaul Husna 5) Al-Ma'shurat As-Sugra 6) Pesona Cinta (Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)- Baru beli semalam di MPH, Alamanda Putrajaya. Ada sale di MPH sampai hujumg minggu ni. SO, tidak dapat dinafikan...i love book, i love to read & to learn ^^ ehem...ehem...kenapa majalah PENGANTIN ???bold pla tu? large pla tu? ish..ish..ish.... hati yang suda berbunga2 ~lalalalala~ ~f...

Labwork in UPM (Okt-Dec 2010)

With my supervisor 'Prof Dr A.R' Thank You So Much!! It's never finished, always with new objective and new vision ^_^ ~fs~ UPM (16 Oktober 2010-16 December 2010)

1432H

Salam, Ahlan wa sahlan ya 1432H. Bingkisan semalam: Masa yang berlalu, tetap akan berlalu dan tidak akan kembali. Bagi yang tidak bermuhasabah diri dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. (Asyraf, H., 2010)-Anis Merancanglah: Allah SWT menggalakkan kita untuk merancang. "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu memerhatikan apa yang telah Dia sediakan untuk esok.." (al-Hasyr: 18) Setiap apa yang dirancang, ada pelan dan ada strategi. Dengan itu, Insyaallah, setiap yang diimpikan akan menjadi kenyataan. p/s: Jangan lupa baca: DOA AWAL TAHUN Dibaca pada akhir tahun sebelum selepas solat Maghrib DOA AKHIR TAHUN Dibaca pada hari akhir tahun sebelum masuk waktu Maghrib Oleh: farra

a.k.u sayang, a.k.u rindu!!

sayang sangat22.... rindu sangat22... sentiasa ingin bersamanya, ingin menemaninya.. sentiasa ingin melihat senyumannya, malah ingin mengelap air matanya jika dia dalam kesedihan.. sukar untuk aku berjauhan darinya.. sungguh besar pengorbananmu...mama... mama, suda masuk hari ke-8 mama di hospital. Sentiasa mendoakan kesihatan mama. Insyaallah, mama pasti akan sembuh. Tabahkan hati mama!! Kami akan sentiasa berada di samping mama. " Ya Allah, gantikan lah kesedihan ini, dengan kegembiraan. Aku yakin pada-Mu Ya Allah" Setiap ujian yang hadir ini, pasti ada hikmah disebaliknya. mama, semoga cepat sembuh :'( mama, walau di kala ini aku jauh darimu, tapi in gatanku padamu amat kuat sehingga tidak terluah dengan kata2. Hanya mampu mendoakan mama agar c epat sembuh dari kejauhan. Anakanda:Farra, UPM (Nov-Dis 2010)

'Triple Problem Memory'

Sudah menjadi lumrah kehidupan, selepas ketawa, menangis dan ia akan sentiasa berputar ibarat roda. Dan inilah dinamakan "Roda-roda kehidupan yang penuh cabaran" Setiap bilah2 air mata yang mengalir, akan menjadi batu asah pada keimanan Yakinlah...selepas DERITA, pasti BAHAGIA 'Ya Allah, Permudahkanlah segalanya, amin' Jika berada dalam keadaan buntu dan keliru, kita kadangkala sukar untuk mencari jalan keluar atau penyelesaian. Hati terasa seakan dihimpit tekanan dan jika tidak dikawal ia boleh mengganggu emosi. Namun, kepada-Nya kita mengadu. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berdoalah......kerana dengan doa, ia boleh mengubah nasib seseorang...Inyaallah!! ( Hadis & Falsafah, NUR Ogos 2010, page 114 ) DOA JIKA DIRI BUNTU "Ya Allah aku mengakui kepada-Mu, lemahnya kekuatan diriku, sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manuasi, dengan rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Engkaulah Tuhan Pemelih...

Wanita CEMERLANG???

adalah: 1) Hamba yang bertaqwa 2) Anak yang solehah 3) Isteri yang terbaik 4) Ibu yang mithali -sentiasa positif-berkeyakinan tinggi-ikhlas-tabah-sentiasa bersemangat-berhubungan baik dengan orang sekeliling-rajin-sentiasa mempamerkan senyuman- -mampu tersenyum walau dalam kesedihan- Bersama ke arah menjadi 'WANITA CEMERLANG' last but not least: Must be strong enough to face anything!!! assume that every problem in your life is a lesson to make you more stronger "Ya Allah, permudahkanlah urusanku...amin..." by: farra