Skip to main content

Resepi Puding Karamel


Salam..hari ni hari kedua kita berpuasa, tiap hari kita akan cari menu yang terbaik utk buka puasa kan? bagi diriku, aku akan cari puding karamel, sedap dimakan sejuk. Jom buat puding karamel, ada pelbagai cara dan resepi dari Mr Google hasil sumbangan orang ramai. Cercari, memang banyak. Then try..tidak berjaya, buat lagi..buat lagi hingga berjaya.....kali ni aku buat resepi yang disumbangkan oleh mami, mami ni mak mentua adik aku. Aku pon ikut sibuk memanggil dirinya mami, hihi..malunya aku.. Minat sama dgn aku, Memasak dan suka cari2 resepi dan buat.
Resepi Puding Karamel
7 biji telur
1 tin susu pekat
2 sudu tepung kastard
11/2 cawan air
esen vanilla
Untuk buat karamel:
1 cawan gula
1cawan air
Cara-cara mmbuat:
Mula2, buat karamel. Masak gula di atas kuali, bila suda pekat dan keperangan, letak air, ia akan mengelegak. Kemudian biarkan seketika, nanti letak di atas loyang.
Mixer semua bahan. Kemudian letak bahan di atas loyang yang ada karamel tadi. Kemudian kukus. Gril panggang kukus. 
Mudahkan semudah ABC. Selamat mencuba. Cuba jual kat Bazaar Ramadhan, telak di cup2 kecil, surelaku....Jom2, cari extra income di bulan puasa. 



Cuba buat, cuba jual, buat sedekah di masjid.
 pintu rezeki sangat luas di bulan Ramadhan
In shaa Allah









Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...