Skip to main content

KL lagi..

Al-kisahnya...
1) Selasa (18.5.2010)baru dimaklumkan kena pergi KL, ada hal yang sangat penting. Sebenarnya, aku jadi wakil ketua projek untuk Sesi pemantauan Geran Penyelidikan. Tapi, aku masih mempertimbangkan, agak marah dengan pengurusan sebab makluman yang lambat ekoran dari nama geran kami tercicir untuk makluman pertama yang bertarikh 12 Mei 2010 lagi. Di harap, kesilapan seperti ini tidak berulang pada masa akan datang. Ia amat menyusahkan..!!

2) Rabu (19.5.2010) Tiada pilihan lain, aku terpaksa pergi di tengah kekusutan menyelesaikan masalah2 yang berat yang dipikul di saat2 akhir menghabiskan pengajian.
8.00-10.00 = Selesaikan my own problem, Ya Allah, Permudahkan lah Urusan ku...!!
10.00-1.00 = Siapkan slide show untuk dibentangkan esok
2.00-3.00 = Jumpa pemangku ketua projek, tunjukkan slide show, buat penambahbaikkan
3.30= Ke Maybank Alamesra, sistem down la pula. Ke Maybank Shell Sulaman
4.30 = Ke Airport terminal 2, Berbaris panjang untuk membeli tiket, "Tiket ke KL, malam ni"..bla..bla..ok, flight pukul 9.25 pm ya Cik..
(masa untuk call bapa, mama, adik2, call kazen di KL, supaya ambik di airport)
5.00 = Balik ke IBTP, dalam keadaan jem.
6.00 dan ke atas = Peking, mandi, bertolak ke airport selepas Solat Maghrib
7.30 = Suda tiba di airport, check-in 7.45pm, dihantar oleh Lin, Shasha n Za, sempat lagi makan KFC
9.25pm = Dalam kapal, KL..here i comee...

LCCT
12.00 am = LCCT
12 - 1.30am = Tunggu my Cuz, sempat lagi beli buku Law of attraction, Michael J. Losier, RM41, di Kedai buku dekat LCCT tu, masa pergi, kedai tu hampir tutup. So, penantian selama lebih kurang sejam setengah tidak la terasa terlalu lama sangat dengan kehadiran buku tu, penat pun hilang.
3.00am = sampai di rumah My cuz, di Seri Kembangan.
4.30am = baru tidur, OMG, esok bentang pukul 10.45am di Residence@UNITEN, Kajang.

zzzzzzzzzzzzzz........God, give me a strength...!!

Esoknya, 20.5.2010

9.00 am = Residence@ UNITEN
Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar. Terdapat 4 panel yang menilai, seperti sesi Temuduga. 15 minit bentang, hampir 30 minit, sesi soal jawab. So, sekian dulu...sila alihkan perhatian anda pada screen capture di atas..La (panggilan adik bongsu manjaku di rumah)

Keadaan kesihatan: Batuk, sakit2 badan, perlukan masa untuk berehat..!!

3 hari dalam ''SEJARAH HIDUPKU"

by : farra

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...