Skip to main content

JJCM with bff in KL

22/11/2009
Jom..jalan-jalan cari makan...
Pertemuan bersama 'Best Fren Forever' (bff) sudah dirancang oleh Sabrina. Sabrina dari Kajang, Nurul Shahrizan dan isteri juga dari Kajang, Rusdi dari Kelang dan aku dari Putra Permai, Seri Kembangan. Pertemuan mula2 dirancang di Mines, consider sama aku, sure skit jalan kat Mines..tapi Mines kena tutup..orang tertentu ja dapat masuk. Mungkin ada function ka..apa2 la..so, ubah tempat..ke Jusco, Cheras Selatan..

Sabrina:jalan drpd Mines ikut signboard Balakong. Kemudian jalan terus sampai jumpa Jusco.'
Aku: ok, harap2 tidak sesat, i think still in the right way now, sorry sangat2 ya kengkawan ,tidak sangka jem begini teruk tahap gaban di Serdang Jaya menuju ke Mines.
Sabrina:Ok, semua dah ada ni, kami tunggu di KFC

Selepas hampir 1.45 min aku pun sampai dengan jayanya. Dengan kaki yang sangat sakit drive keta manual dalam jem. huh..Dalam jem tu, ini la pic2 yang sempat aku ambik buat kenangan.Kemudian, kami merancang untuk JJCM. Takkan la dtg dari jauh semata2 mkn kfc kan. So, cadangan bini Nurul Shahrizan diterima, iaitu di Western Food Cheras. Memang JJCM pun. Ntah bila Maria Tengku Sabri datang situ. Terlepas aku episod tu. Keluar dari Jusco, ikut kiri sampai jumpa Econsave. Kami tunggu di tepi jalan tu..sebab durang parking keta di atas. Aku parking keta di bawah. Ok2..aku dengan yakinnya mendengar arahan Nurul walaupun masih blurr lagi sebab baru melepasi Jem.

Nurul: Farra, mana ko?kami tunggu di tepi jalan suda. Betul2 dekat Econsave.
Farra: Aku suda keluar dari Jusco, tepi jalan juga. Dekat signboard Pekan bt 11 Cheras..@#$%.
Nurul: Ler, kita suda di arah yang bertentangan. Farra jln depan jgn ikut flyover tu.U turn, then U turn lagi. Ikut masuk JUSCO lagi semula.

Sekali lagi aku berasa bersalah. Sebab aku paling tidak suka ditunggu dan menunggu. Moral Of the Story: Dengar betul2 bila orang bagi direction. Left and Right jangan salah. emm..ok..aku blurr ba tadi. Dan teruja, nda sangka drive sampai Cheras ni.

OK, walau macammana pun, mood JJCM sedikit pun tidak terganggu. Lebih2 lagi makan dengan durang ni. Peserta FORUM, isu rumahtangga yang terhangat di FB. Sampai 70 komen di wall Sabrina, pesertanya kami berempat ja. Dan, aku dan Sabrina menang. (Kami hanya membela nasib perempuan2 di luar sana serta, Nur Kasih..^__^,ada la tu.. kami berempat ja faham.

Setibanya di tempat dan destinasi yang dituju:
Order: Lamb Chop 5, ais blended kiwi, milo panas, cappucino panas, kopi panas, teh panas. Aik,hanya aku yang minum sejuk. Jaga kesihatan ba durang ni.


Lamb Chop, SIAPPP..!!!



NYUM..NYUM..patut la JJCM datang sini..!!Berbaloi baloi..
Sepanjang masa makan tu, kami tidak berenti2 bercerita. Cerita masa2 sekolah la..Masih segar di ingatan masa sekolah yang sudah ditinggalkan 10 tahun lalu. 10 tahun??hah..sekejapnya masa berlalu. Terasa diri ini sudah tua..^___^.

Masa mengabadikan kenangan bersama dengan kamera olympus 1070 aku tu, yang aku sendiri tidak tau setting. Ish..Ish..hah, bini Nurul Shahrizan tu best. Masuk juga tune kami yang emm..pemfaham ja la..macam cafe tu kami yang punya..

Balik dalam pukul 7.30pm..malam masih muda. Lepas itu tiada plan lain selain balik rumah. Nurul esok paginya ke UPSI, Perak. Rusdi balik Kelang. Sabrina keja esok. Aku pun, mana bole balik lewat sangat.

Entry ini diakhiri dengan serangkap pantun:

SEMAI, sekolah lamaku,
Banyak kenangan masa dahulu,
Masih teringat kawan2 lamaku,
Semoga berjaya ke tempat dituju.

Ntah apa2 pantun ni. Boleh la kan..!!
Keep in Touch kengkawan, Tahun ini Nurul Shahrizan bawa isteri .Tahun depan ntah siapa yang bawa isteri atau suami. Tungguu...PEACEE!!
~fs~




Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo...

Mama Writerpreneur (13-24)

MENULIS GAYA HAMKA Menurut HAMKA, tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang. Jika panjang pun, ia ditulis dengan cara yang tidak membosankan. Tulisan yang lebih jitu sampai ke hati adalah tulisan yang benar-benar datangnya dari hati. Maka, hati jugalah yang menerimanya. Adapun, tulisan yang hanya datang dari hujung jari, perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya. Pesan HAMKA lagi, kita haruslah menggunakan akal dengan saksama, ia seperti juga bermain olahraga juga. Perlu kepada latihan yang lama, dan kesungguhan yang tidak henti-henti. Orang yang berakal memandang ringan segala kesusahan, lumrah segala halangan yang menghambat tujuannya, sebab andai tujuan kita mulia, bertambah sulit untuk menempuhinya. Sebagai penulis, elakkan: -Merasa kagum pada diri sendiri -Bongkak dengan nama dan keturunan sehingga lupa menyelidiki di manakah kekurangan diri -Sukakan populariti Sumber: Falsafah Hidup, Hamka