Skip to main content

p.h.d..!!!

Salam Ramadhan kepada pengunjung2 setia blog ni...Kali ni aku ingin bercerita tentang p.h.d (Doctor of Philosophy), terbaca keratan akhbar ni isnin lalu (7 September 2009), tapi baru dapat post isu phd ari ni..tengah berangan2 la tadi sambil buat biskut raya..lagi beberapa hari ja lagi mo beraya ni..

Pasal PHD, aku amat kagum dengan mereka yang mempunyai semangat yang kental untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap tertinggi ini. Ada yang meninggalkan isteri, anak2 dan keluarga di tanahair selama tempoh pengajian. Perkara ini bukan senang untuk dilakukan, selain pengajian p.h.d itu sendiri..menjalankan kajian mengikut methodology, buat analisis, analisa keputusan dan bercengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tesis..P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N seorang pelajar phd itu amat penting..berkorban masa bersama2 keluarga..dan terpaksa melupakan melupakan kerjaya kerana ingin melanjutkan pelajaran di peringkat phd, dikala kawan2 sebaya yang lain sudah pun bekerja.

Fakta: Negara memerlukan 60,000 lulusan PHD untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pada tahun ini, hanya 12,ooo yang berdaftar meskipun kerajaan sudah memberikan banyak keistimewaan untuk mereka yang berhasrat untuk membuat phd (Sumber: Berita Harian, 7 September 2009).

Banyak pengalaman suka dan duka mendapatkan phd dan tittle 'Dr' terungkai dalam buku 'Phd, kecil tapi signifikan' oleh Dr. Muhd Kamil Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...