Skip to main content

Jangan bersedih...!!

Mungkin ramai sudah membaca buku ini 'Jangan Bersedih' Setelah kesulitan pasti ada kemudahan yang ditulis oleh Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, edaran al-hidayah..aku amat bersyukur kerana telah membaca buku yang terlaris di Malaysia ini, gaya penulisan yang begitu menarik membuatkan aku tidak bosan untuk membacanya..buku ini cuba untuk memberikan bimbingan bagaimana mengusir kesedihan dan kedukaan, kepedihan dan penderitaan, kegelisahan dan kegundahan, kehancuran dan kehampaan serta keputusasaan. Buku ini disertakan sekali dengan dalil-dalil dari Al-quran dan hadith yang sesuai dengan teks perbincangan.

Berikut adalah petikan syair yang saya kutip daripada buku ini :

Meski hari silih berganti
dengan segala kesulitan dan kemudahan
yang ada di dalamnya
namun masih saja ada kesulitan hidup
yang keras dan sulit untuk ditakhlukkan
hingga hidup terasa hina
dan tidak menjadi indah dibuatnya
Namun tetap saja kami jalani segalanya
dengan jiwa yang tenang
kami mampu menanggung kehidupan berat
yang sulit dipikulkan
untung saja masih memiliki
jiwa yang mampu bersabar
hingga tujuan hidup dapat diwujudkan
meski banyak orang yang tidak berdaya menghadapinya

Jangan bersedih..
kerana kesedihan hanya membuat air segar terasa pahit
dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu
kebunyang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang
dan kehidupan terasa bagaikan dipenjara.

Jangan bersedih..
kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Jangan bersedih..
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti untuk dimakan, air untuk diminum dan pakaian untuk dipakai. Mengapa anda harus bersedih?

Bacalah buku ini, insyaallah..banyak manfaatnya..Ta Tahzan..!!Dont be sad..!!Jangan Bersedih..!!

Waallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

Hadapi Ujian Hidup Dengan Tenang

Sudah dua malam anak sulung & kedua saya demam. Bila anak demam, saya tidak boleh tidur lena. Dalam keadaan sebegitu, lepas uruskan anak-anak yang manja bila sakit, saya buka laptop. Konon mahu menulis, tapi tiada idea. Mahu membaca, kompom tertidur.  . Lalu, saya membuka blog yang sudah lama tidak dibuka. Last update entry 17/6/2015. Blog ini saya bangunkan pada tahun 2009 lagi, ketika itu saya mula jadikan menulis sebagai terapi diri. Mujur password tidak lupa.  . Jadi, say a mengemaskini dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pada blog ini malam tadi.  . Saya teringat pesan Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor (Setiausaha Kehormat MAPOBA, Malaysia Book Publisher Association) ketika Konvensyen Penulisan pada 17/12/2016 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, penulis kena ada inisiatif sendiri. Kena berani bersuara, berani untuk berbicara tentang 'content' penulis. Kena 'stand strong'.  MENGAPA AKU MENULIS? Jika dulu saya menulis apa sahaja yang terfikir untuk tulis...

Mama Writerpreneur (9-24)

10 ALASAN KENAPA TERBIT BUKU SENDIRI? Hari ini, Sifu Penulisan Tuan Zamri Mohammad berkongsi mengenai Terbit Sendiri. Saya sangat alert bila sifu-sifu penulisan berkongsi mengenai Terbit Sendiri @ Self-Publish kerana buku pertama saya adalah terbit sendiri. Berikut saya kongsikan mengenai perkongsian mengenai perkara ini di Facebook beliau pada 7/1/2017. Kenapa ada yang mahu menulis dan menerbitkan sendiri buku mereka? Pertama, uji. “Saya tidak tahu sama ada penerbit mahu atau tidak buku ini. Maka saya terbitkan  dahulu dan melihat respon pembaca.” Kedua, ditolak “Manuskrip saya dahulu ditolak oleh penerbit. Maka saya mahu terbitkan sendiri dalam jumlah yang kecil.” Ketiga, cepat-cepat “Saya mahu ia terbit segera kerana sudah ada yang mahukan. Maka saya mahu terbitkan sedikit demi sedikit. Habis sahaja saya ulang cetak.” Keempat, lihat “Saya suka melihat ia dalam bentuk buku. Tidak mengapa, walaupun satu. Saya simpan naskhah ini. Lagi-lagi maklumat ini ...

Mama Writerpreneur (15-24)

Bagaimana menyentuh jiwa pembaca? Menulis dengan jiwa dan rasa ************************************** Sebelum menulis, cuba tanamkan rasa kecintaan, ketulusan dan kejujuran dalam diri. Rasakan ia, expresskan perasaan anda dan tulis. Contoh: a) Aku sayang kamu (tulis dan baca) b) Aku sayang kamu (bayangkan orang yang paling kamu sayang, contohnya ibu. Bayangkan bagaimana anda expresskan rasa cinta pada ibu kamu) Hasil: A) Mendatar sahaja. Mesej tidak sampai ke hati. B) Kita dapat merasakan cinta itu dengan penuh penghayatan. Intonasi dan penyampaian menjadi lain. Tanpa disedari, air mata berjurai-jurai ketika menulis. . Bagi penulis yang menulis tanpa jiwa, cinta dan tulus, karya mereka tidak mendatangkan kesan pada pembaca. . Jika ketika menulis, bersama dengan jiwa, cinta dan tulus, InsyaAllah, karya kita sentiasa menjadi sebutan. Kerana apa yang kita cuba sampaikan lahir dari hati, bukan dari hujung jari. Kejujuran sangat penting dalam menulis. # FSWriteF...