Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

10 Cara TENANGKAN HATI Dalam Berusaha?

10 Cara Bagaimana Untuk TENANG Dalam Berusaha? #1 Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya. #2 Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang menjadikan diri kita hebat.Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan. InsyaAllah #3 Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki kesilapan. #4 Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan tenang kerana sentiasa ingat untuk mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang ke tempat abadi. #5 Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan dan keikhlasan hati. #6 Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taub

7 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG?

PERTAMA #KurangBersyukur Prinsip mendapat ketenangan dengan syukur: 1) Usah tunggu bahagia untuk kita bersyukur, tetapi bersyukur dahulu untuk dapat bahagia. 2) Usah tunggu banyaknya nikmat baru hendak bersyukur, tetapi bersyukurlah atas nikmat yang sedikit. Apabila kita bersyukur pada nikmat yang sedikit, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah. Kualiti jiwa adalah pada kualiti SYUKUR. Mengapa sukar untuk BERSYUKUR? #TersalahFokus Adakalanya: -Kita terlalu fokus pada apa yang tidak ada, tidak fokus pada apa yang telah ada. -Kita terlalu fokus pada kekurangan, bukan pada kelebihan. -Kita terlalu fokus pada nikmat, tidak fokus pada Pemberi Nikmat. Kerana tersalah fokus, kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Hidup jadi tidak tenang kerana titik-titik penyakit hati makin menebal. Tekanan dari ujian hidup tidak dapat diuruskan dengan baik. Bersyukurlah! Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri. Alhamdulillah. KEDUA #SukarMemaafkan Kajian dari pakar psikolo

AKIBAT DEPRESI

Keluarga dan Penjaga Terdedah kepada KEMURUNGAN. Itulah tajuk perbincangan di MHI tadi (15/3/2017). Saya tekun mendengar sebab ia adalah dalam niche penulisan saya. . Puan Hariyati Ariffin, ibu kepada seorang pesakit kemurungan berkongsi rasa di MHI tadi. Anak perempuannya yang kini berusia 35 tahun, menghidapi penyakit kemurungan sejak 11 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, anak dia mempunyai simptom seperti tidak mahu bekerja, malas yang luar biasa, tidur di sebelah siang , dan berjaga di sebelah malam. . Puan Hariyati mengatakan kini anaknya itu telah pulih 80% dengan bantuan ubat psikiatri dari hospital, namun, masih malas. Tidak mengemaskan rumah, anti-sosial, hanya mengurung dirinya di bilik dan sangat sensitif. Sehingga anak bongsunya tidak boleh tinggal di rumah kerana anaknya yang sakit itu sangat cemburu. Terpaksa dicarikan rumah sewa yang lain agar anak bongsunya dapat belajar dengan tenang. . Puan Haryati masih bekerja, apabila dia balik kerja, cermin tingkap habis pec