Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Biskut Raya 2013

Salam... tahun ni, seperti tahun2 lepas juga, saya buat biskut raya..ini la perniagaan bermusim saya, cuma tahun lepas saya sarat mengandung so, no more biskut raya masa tu.. so, jom jom,,intai2 biskut raya. Tahun ni saya fokus pada 6 jenis biskut raya yang HOT SELLING dari tahun ke tahun. Tart Nenas Gulung Harga : RM 28 50 biji / Balang (100% butter)   Almond London Harga: RM 30 50 biji / Balang (100% Butter, Almond, Chocolate compound) Snow almond Harga: RM28 50-55 biji / Balang (100% butter, ground almond, Chocolate compound, breadcrumbs)   Snowy Heart Cerelac Harga: RM 25 50 biji/ Balang (GeeBlend, Buttercup, Cerelac) Crunchy Nestum Cookies Harga: RM 25 50 biji/Balang (100% Butter, Kismis, Nestum, Susu tepung) Chocolate Cip Cookies Harga: RM 25 50 biji/Balang (Butter, nib almond, chocolate chip, chocolate rice)   Sesiapa berminat mau jadi agen biskut raya dari  ~FAFA HOMEMADE COOKIES~ Boleh sms atau wassap kami

Ayahku Hebat, terima kasih ayah...

Selamat hari bapa pa.... Sungguh besar pengorbanan mu tidak mampu untuk dibalas... I love u...I love u..... 'Ya Allah, berilah ayahku kesenangan, kelapangan, kesihatan dan rezeki. Berikanlah yang baik-baik sahaja buat ayahku...amin..amin..Ya Rabbal alamin....'

Pengajaran dari Peristiwa Isra' dan Mikraj

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 01. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah A