Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

p.h.d..!!!

Salam Ramadhan kepada pengunjung2 setia blog ni...Kali ni aku ingin bercerita tentang p.h.d (Doctor of Philosophy), terbaca keratan akhbar ni isnin lalu (7 September 2009), tapi baru dapat post isu phd ari ni..tengah berangan2 la tadi sambil buat biskut raya..lagi beberapa hari ja lagi mo beraya ni.. Pasal PHD, aku amat kagum dengan mereka yang mempunyai semangat yang kental untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap tertinggi ini. Ada yang meninggalkan isteri, anak2 dan keluarga di tanahair selama tempoh pengajian. Perkara ini bukan senang untuk dilakukan, selain pengajian p.h.d itu sendiri..menjalankan kajian mengikut methodology, buat analisis, analisa keputusan dan bercengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tesis.. P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N seorang pelajar phd itu amat penting..berkorban masa bersama2 keluarga..dan terpaksa melupakan melupakan kerjaya kerana ingin melanjutkan pelajaran di peringkat phd, dikala kawan2 sebaya yang lain sudah pun bekerja. Fakta: Negara memer

I.Q.R.A..Bacalah!!

Hari ini (17 Ramadhan) merupakan peristiwa nuzul al-quran berlaku, al-Quran mula2 diturunkan kepada Nabi S.A.W di Gua Hira. Peristiwa ini sebenarnya memberi makna yang amat penting bagi umat Islam dimana Al-quran merupakan mukjizat yang terbesar Nabi S.A.W. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran y ang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan ma nusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya .” (al-‘alaq:1-5) BACALAH ....ayat kelima surah al-`alaq..membaca boleh mengajar kita mengetahui apa yang tidak kita ketahui...membaca menjadikan akal kita berkembang..jiwa menjadi bersih, keyakinan dan kepercayaan semakin bertambah. BACALAH ...anda akan menjad

Secantik-cantik W.A.N.I.T.A

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya." (Riwayat Muslim) Kata Allah mengenai sifat-sifat isteri yang solehah, "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan p emeliharaan Allah dan pertolongan-Nya." (Surah an-Nisaa':34). SIAPA WANITA S.Y.U.R.G.A? Sebuah hadis menyatakan, daripada Anas, Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang d

15 Ramadhan 1430H

hmm..hari ni mo masak apa ah?terasa malas pula mo masak..jom ma..hari ni kita berbuka puasa di luar..'Mayang Sari Cafe'..budak2 ni pun happy sangat..(In this photo:Ija dan Ririn,mereka ni bersepupu) Cantiknya pemandangan dari Mayang Sari Cafe..restoren ni terletak di atas bukit..tempatnya tenang dan sejuk, dengan harga yang berpatutan (promote restoran paci ni). Sedar tidak sedar sudah 15 hari kita berpuasa. Lagi 15 hari kita akan berhari raya..Insyaallah..~fs~

Bimbing Wanita dengan Baik

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat unik. Kelihatan lemah kerana fizikalnya tetapi kelemahan itu menjadikan mereka istimewa. Di sebalik lemah fizikal itu, ramai yang punya semangat juang yang tinggi. Malah mereka juga selalunya jadi ' orang di sebalik tabir ' kejayaan para suami. Hayatilah pesanan Rasulullah ini, kerana inilah amanah yang dibebankan pada kaum lelaki untuk membimbing wanita. Ini bukan bermakna wanita boleh diperlakukan sesuka hati oleh kaum adam tetapi juga menunjukkan bahawa wanita dan lelaki saling bantu-membantu untuk memacu kejayaan. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya denga n baik dan diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia akan patah. T

M.A.L.A.Y.S.I.A..merdeka..!!

Salam perpaduan semua.. Salam 1Malaysia.. Salam 'SETEMU, SERATI, DEMBUA KITI'(Bajau version) Sudah lama rasanya tidak update blog ni..sibuk sikit bulan2 puasa ni..mo siapkan keja2 makmal sebelum cuti hari raya.. Merdeka!!!...Merdeka..!!!apakah pengertiannya??bagi mereka yang baru sahaja habis menduduki peperiksaan SPM atau STPM..laungan ini sering juga didengari..walhal..'there are still long way to go...'Bangkitlah..!! Kita seharusnya bersyukur dan bertuah dilahirkan di bumi Malaysia yang aman dan damai ini..Mengenai isu pendidikan, baru dibentangkan bajet mini kerajaan pada pertengahan tahun ini (10 Mac 2009)dimana kerajaan bercadang untuk menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM 20,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah kedoktoran falsafah dan RM 10,000 di peringkat Sarjana. Satu khabar yang gembira bagi sesiapa yang bercadang ke arah itu..Alhamdulillah, tiga orang kawan aku berjaya mendapat dana tersebut denga